Saturday 28 January 2012

Elaun RELA Naik!


Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan    Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.


Melihat kepada tugasan yang semakin mencabar pada masa ini, kerajaan telah bersetuju menaikkan elaun bertugas sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) sebanyak RM2 sejam buat anggota berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat.

    

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak.
  
Beliau berkata demikian semasa berucap di perhimpunan Perdana Rela bersama Perdana Menteri di Dewan Maeps, Serdang, yang dihadiri kira-kira 30,000 anggota Rela dari seluruh negara.
    
Difahamkan elaun bertugas bagi pegawai dan lain-lain pangkat Rela masing-masing ketika ini ialah RM5.80 dan RM4, dan kadar elaun yang baru diumumkan itu akan mula berkuatkuasa tidak lama lagi.


Semoga dengan khabar gembira ini, setiap anggota RELA dapat menjalankan tugas dengan lebih bersungguh-sungguh terutamanya untuk menjadi sebuah pasukan sukarela yang menyumbang kepada pertahanan negara dan kesejahteraan rakyat dapat  dipertingkatkan.

Manfaatkan Bersama Peruntukan JKKK

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang mendapat peruntukan kerajaan dan wakil rakyat perlu mengagihkan sebahagian daripada peruntukan itu kepada badan-badan yang bernaung di bawahnya. 


Walaupun kebiasaanya JKKK yang membuat permohonan, ini tidak bermakna keseluruhannya milik JKKK dan ia perlu diagihkan.


Apabila peruntukan itu diberikan, JKKK perlu mengurusnya dengan baik supaya setiap badan naungannya mendapat bahagian masing-masing untuk menjalankan aktiviti.
Ini kerana badan-badan yang bernaung di bawah JKKK turut berperanan dalam pembangunan dan kesejahteraan penduduk di sesuatu kampung dan kawasan,

Persatuan belia tidak terkecuali daripada mendapat peruntukan untuk menjalankan program serta aktiviti bermanfaat dan jika mereka berdepan masalah mendapatkan peruntukan, permohonan boleh dikemukakan menggunakan nama persatuan belia itu sendiri. 

Thursday 26 January 2012

Terkini Projek Jalan Biawak

Tempoh pelaksanaan projek naik taraf Jalan Biawak-Lundu akan dilanjutkan lagi ke tarikh yang belum ditetapkan. Kerja-kerja menaik taraf ini akan bermula setelah kontraktor yang baru dilantik dalam masa terdekat ini. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Datuk Seri Michael Manyin selaku menteri bertanggungjawab. Beliau juga memberitahu bahawa telah mengarahkan pihak JKR untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sementara menunggu kontraktor baru yang akan dilantik. Ini seterusnya dapat memudahkan pengguna-pengguna yang melalui jalan tersebut untuk melakukan aktiviti harian mereka.


ADUN Opar, YB Ranum Mina pula ketika dihubungi oleh pihak akhbar menyatakan beliau masih bercuti sehingga hujung bulan ini. Walaubagaimanapun, beliau berjanji akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Michael Manyin dalam masa terdekat khususnya untuk membincangkan perkara ini. 



Projek bernilai RM29.9 juta itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf Jalan Biawak sepanjang 18 kilometer dan difahamkan hanya kurang 20 peratus yang telah diturap.



Kerja-kerja naik taraf mula dilaksanakan pada 28 Ogos 2009 dan dijadual siap sepenuhnya pada 27 Februari 2011. Keadaan jalan itu yang ketika ini dikatakan rosak teruk telah menjejaskan aktiviti harian penduduk sekitar menyebabkan mereka menggesa pihak berwajib menyiapkan segera projek berkenaan.








TEMUDUGA BPKNS PERINGKAT DIPLOMA SESI 2012


Calon-calon temuduga bagi penajaan Biasiswa Pinjaman Kerajaan Negeri Sarawak Peringkat Diploma sesi 2012, sila gunakan kata laluan anda untuk membuat semakan status permohonan dan jadual temuduga.


Temuduga kan dijalankan bermula 28 Januari sehingga 11 Februari 2012 mengikut panel temuduga masing-masing.

Bagi calon-calon temuduga, anda dikehendaki membawa bersama semasa temuduga dokumen-dokumen asal dan salinan fotostat seperti berikut:

  • Salinan cetak borang permohonan secara dalam talian (online form);
  • Sekeping gambar berukuran passport;
  • Kad pengenalan;
  • Sijil kelahiran;
  • Surat tawaran kemasukan ke institute pengajian tinggi awam tempatan (perlu disahkan salinan asal oleh IPTA masing-masing);
  • Slip gaji/penyata pendapatan ibubapa/penjaga;
  • Slip elaun pesara/penyata pencen (jika berkenaan);
  • Salinan muka surat depan buku akaun/slip pengesahan akaun bank pemohon;
  • Sijil kematian ibubapa (jika berkenaan);
  • Sijil kelulusan persekolahan: SPM/SPMV, STPM, diploma, salinan slip keputusan semasa (bagi pemohon yang berada dalam pengajian);
  • Sijil akuan kokurikulum: dan
  • Salinan dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti:
  1. Sijil Pendaftaran pemohon kurang upaya/
  2. Surat pengesahan penerima bantuan jabatan kebajikan masyarakat/program kesejahteraan rakyat dan lain-lain.
Kegagalan mengemukakan dokumen seperti yang dikehendaki serta mengemukakan maklumat palsu akan menjejaskan pertimbangan untuk penajaan.

Anda dikehendaki berpakaian kemas dan sopan semasa menghadiri temuduga.

Semak Satus Permohonan :





Wednesday 25 January 2012

Ambil Peluang SARA 1Malaysia

30 Januari ini bakal dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia  (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Masyarakat Salako khususnya yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah dinasihatkan untuk merebut peluang pelaburan yang amat baik ini.




Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.


Berikut merupakan kaedah bagi permohonan SARA 1Malaysia tersebut:

  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. 
  2. Jika anda berjaya, pihak bank akan menghubungi anda.
  3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti 

  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

Ini pula kelayakan bagi membuat permohonan:

  • Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. 
  • Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Sekali lagi Salako, Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda boleh mendapat keuntungan sehingga RM134 setiap bulan.

Monday 23 January 2012

Agihan Baucer BR1M Di Lundu

Bank Bergerak akan disediakan bagi memudahkan penerima baucer RM500 Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang telah diluluskan bagi Bahagian Kuching untuk menunaikannya. Bagi penduduk di daerah Lundu (Kawasan Tanjung Datu), pemohon yang layak boleh berbuat demikian pada 7 Februari 2012 (9 pagi-2 petang) di Dewan Masyarakat Lundu.


Penerima BR1M boleh menunaikan baucer berkenaan di tiga bank terpilih iaitu BSN, CIMB dan Maybank.

Perlu diingatkan bahawa penerima perlu datang sendiri ke lokasi yang telah ditetapkan kerana wakil adalah tidak dibenarkan. Penerima juga perlu membawa bersama kad pengenalan bagi tujuan memudahkan proses agihan baucer tersebut.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pengagihan baucar BR1M itu penerima boleh menghubungi hotline Pejabat Residen Kuching menerusi talian 082-246991 atau 082-244434 untuk menyemak kedudukan permohonan mereka yang dibuka 8 pagi hingga 5 petang.

Bagi pemohon yang belum mengetahui status terkini permohonan, mereka boleh menghubungi hotline BR1M Kementerian Kewangan menerusi talian 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 yang beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari bekerja.



Sunday 22 January 2012

Salako Perlu Segera Proses Ukur Tanah NCR

Bermula pada bulan Ogos 2010 kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk melaksanakan proses ukur keliling NCR melalui tiga fasa di seluruh negeri Sarawak. Sebanyak 79 kawasan merangkumi 55,397 hektar akan diukur dengan kerajaan menyasarkan proses ukur keliling siap dilaksanakan menjelang 2015 sebelum melaksanakan pengukuran NCR secara individu. Sememangnya semua pihak perlu memberikan kerjasama dan menyokong pelaksanaan kerja-kerja ukur keliling (perimeter) NCR ini terutamanya untuk faedah serta keuntungan mereka pada masa hadapan. 


Bagi pemilik tanah NCR Salako yang mana tergolong di dalam masyarakat Bidayuh, proses ukur keliling ataupun "perimeter survey" ini adalah di bawah inisiatif Dayak Bidayuh National Association (DBNA). Setiap ketua masyarakat Bidayuh telah diberi penerangan mengenai proses pelaksanaan inisiatif ini dan seterusnya menerangkan kepada semua penduduk kampung yang terlibat. Namun yang demikian, inisiatif  yang sepatutnya dimanfaatkan oleh pemilik Salako ini akan berakhir pada tahun hadapan. Oleh yang demikian, setiap ketua masyarakat Salako yang mewakili penduduk kampung perlu lebih peka dengan perkara ini dan bertindak segera untuk merealisasikan proses ukur keliling tersebut. Ini seterusnya membolehkan semua masyarakat Salako yang layak merebut peluang keemasan untuk memiliki tanah NCR yang mempunyai dokumen yang sah. 

Saya pasti semua masyarakat Salako inginkan tanah mereka diukur. Oleh yang demikian, anda juga perlu lebih serius dalam memberi kerjasama dalam proses ini. Tingkatkan perbincangan dengan pemimpin masyarakat anda untuk merebut peluang ini. Jangan persiakan peruntukan besar yang telah disumbangkan oleh kerajaan. Saya pasti Salako juga bangsa yang berpengetahuan dan mampu untuk melaksanakannya. 


Saturday 21 January 2012

Barisan JKKK Kampung Pasir Hulu 2012-2014


Mesyuarat Agung JKKK Kampung Pasir Hulu pada malam tadi telah berjaya memilih barisan baru JKKK bagi sesi 2012-2014. Ini adalah gabungan beberapa muka baru dan muka lama. Mereka yang telah berjaya dilantik oleh penduduk Kampung Pasir Hulu melalui proses demokrasi ini akan menjalankan tugas berkuatkuasa serta merta. Senarai nama JKKK ini akan dipanjangkan ke Pejabat Daerah Lundu untuk tujuan pengesahan dan rekod. JKKK yang telah dilantik ini juga akan menghadiri kursus dan seterusnya akan dianugerahkan sijil perlantikan oleh pihak Pejabat Daerah. 

Namun yang demikian, perlantikan Pengerusi JKKK terpaksa ditangguhkan di atas beberapa sebab tertentu. Tarikh tamat jawatan Pengerusi JKKK merangkap Ketua Kampung Pasir Hulu akan tamat pada 1 Mei 2012 dan telah disambung oleh Pejabat Residen untuk tempoh 2 tahun lagi. Perkara ini masih dalam perbincangan disebabkan ketidakpuasan hati beberapa orang penduduk Kampung Pasir Hulu.

Berikut merupakan senarai penuh barisan JKKK Kampung Pasir Hulu bagi sesi 2012-2014:

  • Pengerusi : En. Kamil ak. Muntoh
  • Timbalan Pengerusi : En. Bandi ak. Suin
  • Setiausaha : En. Tapin ak. Suntu
  • Timbalan Setiausaha : En. Gerima ak. Ambuh
  • Bendahari : En. Mawan ak. Raimin
  • Timbalan Bendahari : Pn. Marry
  • AJK Paip : Rosmon ak. Sili
  • AJK Pertanian : En. Malek ak. Unggak
  • AJK Muda-Mudi : En. Jackson ak. Anggit
  • AJK Wanita : Pn. Jane ak. Endil
  • AJK Kebersihan : Pn. Rapeah
  • AJK Pendidikan : Cr. Kenneth Kutong
  • AJK Tanah I : En. Jackob
  • AJK Tanah II : En. Micheal ak. Raimin
  • AJK Keselamatan I : En. Bandi ak. Suin
  • AJK Keselamatan II : En. Emprim ak. Asun
  • AJK Kebudayaan : En. Hastomo Tommy
  • Juruaudit Dalaman I : En. Nyaring ak. Umping
  • Juruaudit Dalaman II : Cik. Lina Bt. Mili
Tahniah kepada yang sudah dipilih dan terima kasih kerana telah sanggup untuk memikul tugas serta kepercayaan penduduk Kampung Pasir Hulu. Semoga anda semua berusaha dengan gigih demi Kemajuan, Keselamatan dan Kebersihan kampung Pasir Hulu.

Friday 20 January 2012

Pentingnya Politik

Sedih bila ada diantara kita yang memperlekehkan politik. Biarpun tiada paksaan sama ada anda ingin ataupun tidak terlibat dengan sebarang aktiviti politik, namun sedarlah bahawa politik telah memberi impak yang besar terhadap gaya hidup kita. Ini termasuklah taraf hidup, pendidikan, pembangunan dan sebagainya. Sedarlah juga tanpa politik yang baik memungkinkan negara kita menjadi sebuah negara yang kucar-kacir. Apabila negara kita kucar-kacir sudah pastilah ini akan menyukarkan kehidupan kita. Biar apapun pandangan politik anda saya tetap menghargainya. Tapi bagi yang sengaja ataupun yang suka sangat memperlekehkan politik, sedarlah tanpa politik anda mungkin bukan dikedudukan anda sekarang.

Kata Pembuka Bicara

Salamat atangk samue ka adik kakak ang pane ba kata bahasa Salako. Ari nyanlah ari pamulaane blogku nyan. Samoga ia akan bakanyangan ngan curita-curita bafaedah untuk dirik samue labih-labih agik untuk Salako.

Emosi Semasa Bekerja

Selamat pagi kepada anda semua lebih-lebih lagi kepada bangsa Salako. Hari ini saya ingin berkongsi sedikit perkara yang berkaitan dengan emosi dan kerja. Sebelum ini saya telah membincangkan topik ini di laman facebook saya lebih-lebih lagi kerjaya yang bergelar sebagai seorang jururawat. Nampaknya ramai juga bangsa Salako yang telah menceburi bidang ini tidak kiralah yang bertugas di sektor awam mahupun swasta. Tahniah kepada anda semua. Saya tidak menafikan bahawa kerja sebagai seorang jururawat memanglah kerja yang amat mencabar dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Ini lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja di kilinik-klinik mahupun hospital kerajaan. Sememangnya mereka-mereka ini patut mendapat pujian dan penghargaan. Namun yang demikian, cabaran ini bukanlah menjadi alasan kepada semua jururawat untuk menjalankan tugas dengan baik terutamanya apabila nenberi perkhidmatan kepada para pesakit. Sememangnya anda semua sudah diberikan latihan yang mencukupi untuk mengatasi segala tekanan di tempat kerja seperti ini. 

Apa yang ingin saya perkatakan bukanlah semata-mata berkaitan dengan jururawat. Ini adalah lebih kepada pentingnya untuk kita mengawal emosi semasa bekerja. Ini memberi impak yang penting terhadap persekitaran kita termasuklah orang-orang yang berurusan dengan kita mahupun diri kita sendiri. Emosi adalah perkara penting yang berkait rapat dengan peningkatan kerjaya kita. Hanya mereka yang mempunyai kuasa dalaman yang tinggi yang dapat memamastikan kejayaan dalam diri mereka. Dalam erti kata lain, emosi adalah peransang utama diri anda dalam mencapai kejayaan. Tapi harus ingat, emosi yang dimaksudkan adalah dalam bentuk positif dan bukannya emosi yang negatif.  Emosi positif ini adalah berkait rapat dengan kesabaran, dimana kita dapat mengawal tekanan ataupun perasaan marah ketika bekerja. Thomas Edison telah gagal beribu kali sehinggalah beliau berjaya dengan rekaannya yang pertama yang sangat terkenal diseluruh dunia sehingga ke hari ini. Apakah yang mendorong kepada kejayaan ini? Tentulah kerana beliau mempunya emosi yang positif yang juga sepatutnya ada pada diri anda. 

Kita mempunyai bidang kerja yang berbeza. Sudah pastilah kita juga mempunyai cabaran tugas yang berbeza. Tetapi itu bukanlah alasan utama untuk kita mengamalkan emosi yang negatif semasa menjalankan tugas. Ingatlah untuk memberikan perkhidmatan terbaik dengan emosi yang sempurna terutamanya bagi menjamin persekitaran kerja yang selesa. Saya pasti anda semua mampu melakukannya.