Wednesday 14 March 2012

Pentingnya Penggunaan Tali Pinggang Keledar



Kesedaran orang ramai terhadap risiko tidak memakai tali pinggang keledar, terutama bagi penumpang kenderaan, masih berada di tahap rendah.

Malahan, tahukah kita bahawa pada kelajuan 50km sejam, penumpang kenderaan yang memiliki berat badan 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan de-ngan kesan impak 2.4 tan jika tidak menggunakan tali pinggang keledar?

Bagaimanapun, perkara itu mungkin tidak diendahkan memandangkan kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan, tahap kesedaran dan pematuhan undang-undang pemasangan tali pinggang keledar belakang di negara ini menunjukkan penurunan mendadak.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sarawak, Rano Aylwino Akat berkata, menurut MIROS daripada 48.15 peratus pada Februari 2009, iaitu sebulan selepas penguatkuasaan bermula pada 1 Januari 2009, kadar pemasangan tali pinggang keledar belakang jatuh mendadak kepada 13.9 peratus pada Oktober 2009.


“Ini dalam tempoh 10 bulan pertama sahaja, selepas penguatkuasaan pemasangan tali pinggang keledar dan kajian terakhir oleh MIROS.

“Ini juga berlaku kerana ada dalam kalangan pengguna jalan raya atau orang ramai yang beranggapan penguatkuasaan pemasangan tali pinggang ini belum lagi berkuat kuasa sedangkan ia telah dilaksanakan pada Januari 2009,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di pejabatnya di sini, semalam.

Rano mengakui, tahap kesedaran mengenai kepentingan pemakaian tali pinggang keledar belakang bukan sahaja rendah dalam kalangan pengguna jalan raya di luar bandar, tetapi juga di bandar.

Katanya, daripada pe- merhatian JKJR di jalan-jalan raya terutama di bandar raya Kuching, mengikut kadar daripada satu hingga 10, ha-nya lima sahaja yang akan memakai tali pinggang keledar sama ada pemandu, penum-pang tempat duduk hadapan dan penumpang belakang.

“Hasil pemerhatian kita di Kuching juga, paling menyedihkan ialah antara yang pa-ling ramai tidak menggunakan tali pinggang keledar sama ada pemandu mahupun penum-pang hadapan, adalah golo-ngan remaja, berbanding dewasa berusia 30-an yang mana tingkah laku mereka lebih baik,” tegas beliau.

Malahan, ujarnya, untuk mengubah tingkah laku dan tabiat pengguna jalan raya bukan satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan pendekatan jangka masa yang panjang, termasuk penguat-kuasaan tegas dan pendidikan berterusan.

“Sehubungan itu, kerajaan bakal memperkenalkan mo-dul sambungan mengenai keselamatan jalan raya di peringkat sekolah menengah pada tahun 2013 bermula dari Tingkatan Satu dan berterusan ke Tingkatan Lima.

“Modul ini telah dilaksanakan di peringkat Sekolah Rendah dari Tahun Satu hingga Tahun Enam pada tahun 2007 dan kami juga mengadakan kursus keselamatan jalan raya di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada golongan lepasan sekolah menengah,” kata Rano.

Menurut beliau, dengan penekanan pendidikan dari sekolah rendah hingga peringkat lepasan sekolah menengah, ia memberi jangka masa pendedahan mengenai keselamatan jalan raya selama kira-kira 12 tahun kepada pengguna jalan raya.

No comments:

Post a Comment