Saturday 12 May 2012

Siapakah Pilihan Pengundi Atas Pagar?




Ada yang berpendapat, golongan yang masih samar sokongan terhadap parti untuk diundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yakin akhirnya akan memilih Barisan Nasional (BN). Hasil kajian Universiti Malaya bertajuk ‘Kecenderungan Politik Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13’ mendapati 30 peratus rakyat Malaysia belum pasti untuk menyokong parti pemerintah atau parti pembangkang. Golongan atas pagar itu kelak hanya akan menentukan calon daripada parti mana untuk dipangkah ketika saat akhir.



Kajian yang dijalankan antara 31 Mac dan 15 April lepas turut mendapati BN mendahului sokongan rakyat 49 peratus berbanding parti-parti pembangkang.

Sejauh mana kesahihan kajian tersebut?

Dirik Sabaya berpendapat ini adalah terpulang kepada usaha-usaha disaat akhir bagi parti-parti politik yang bakal bertanding. Pengundi atas pagar ini biasanya terdiri daripada golongan yang berpendidikan, dan lebih bijak menilai jika dibandingkan dengan pengundi-pengundi tegar.

Apapun, mengundi adalah tanggungjawab bagi kita semua. Undi juga adalah rahsia dan kita tidak berhak untuk mempertikaikan setiap pilihan yang dibuat oleh pengundi.

“Harinya semakin dekat. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia."

Selamat Hari Ibu




Waktu kita senang mahupun susah, waktu ibu kita muda bertenaga mahupun tua dan tidak berdaya, kasih kita kepada ibu harus malar hijau tidak kira apa keadaannya.

Ibu adalah nadi dalam keluarga yang membentuk masyarakat dan negara dan menentukan corak dan  kehidupan generasi yang akan datang.



 “Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayang ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hati ibu bersedih, dia tetap sanggup menyembunyikan kesedihannya itu demi membuatkan anak-anaknya bahagia. Gelak tawa anak-anaknya adalah penawar segala kepahitan yang ibu alami. Ibulah insane yang mengajar kita tentang nilai yang baik dalam kehidupan.”

Hari Ibu hari ini adalah hari yang cukup istimewa untuk menunjukkan sejauh mana keistimewaan seorang ibu.

Maka, jika kita tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana telah membawa kita ke dunia, marilah kita melakukan itu sekarang. Terima kasih, Selamat Hari Ibu.


Friday 11 May 2012

Kes Kemalangan Maut di Sarawak Meningkat


Sarawak mencatat kes kemalangan maut yang tinggi bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama tahun 2011.

Justeru, Sarawak (penduduk) perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan kadar kes kemalangan maut di negeri ini.

Dalam pada itu, memandu secara laju dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kes kemalangan maut di seluruh negara. Ini yang kita kata ‘pecut maut’ iaitu memandu atau memecut dengan laju di tempat dan masa yang salah tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kurangnya sikap bertimbang rasa dan berhemah dalam kalangan pemandu ketika berada di jalan raya.

Sehubungan itu, polis trafik akan meningkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang di jalan raya sebagai langkah untuk mendidik para pengguna jalan raya agar menjadi pemandu yang lebih berhemah dan bertimbang rasa ketika sebagaimana yang dilaksanakan di negara-negara maju lain.