Tuesday 28 August 2012

Kertas Kerja Karnival Merdeka 2012 Anjuran KSRM

KERTAS KERJA
Karnival Merdeka 2012


PADA
16 September 2012


TEMPAT
Dewan Serbaguna Kampung
Kmpung Pasir Hulu
94500 Lundu
Sarawak

ANJURAN
Kelab Sukan Dan Rekreasi Mancar

TEMA

  
1          PENGENALAN
1.1       Karnival Merdeka anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar merupakan aktiviti tahunan yang telah dipersetujui di bawah Takwim JKKK Kampung Pasir Hulu.

1.2      Penganjuran Karnival Merdeka ini juga merupakan salah satu kaedah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli KSRM dan masyarakat. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Karnival Merdeka ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan kerjasama.  Antara pengisian dalam Karnival Merdeka ini meliputi aspek kemerdekaan, kebudayaan dan sukan.

1.3      Adalah menjadi harapan peserta agar sambutan Karnival Merdeka ini akan meriah dan berjalan
           lancar serta berjaya mencapai objektifnya.

2          RINGKASAN
2.1       Kertas kerja ini adalah berkaitan perancangan untuk menganjurkan Karnival Merdeka. KarnivalMerdeka ini mestilah merangkumi aktiviti seperti di bawah bagi mengisi aktiviti utama penganjurannya;
2.1.1    Rekreasi
2.1.2    Aktiviti Sukaneka
2.1.3    Aktiviti-aktiviti yang berkaitan kebudayaan/kemerdekaan

2.2       Dalam memastikan setiap program berjalan lancar, penganjur perlu memastikan perkara-perkara 
            yang perlu di ambil kira seperti:
2.2.1    Lokasi penganjuran
2.2.2    Peserta
2.2.3    Program
2.2.4    Penyediaan sumber
2.2.5    Kewangan

3          OBJEKTIF KARNIVAL MERDEKA 2012
3.1       Memupuk semangat setiakawan dikalangan ahli-ahli KSRM dan masyarakat setempat.

3.2       Memupuk semangat kemerdekaan di dalam diri setiap individu.

3.3       Pengisian untuk Sambutan Hari Kemerdekaan

3.4       Menggalakkan aktiviti sukan dan rekreasi kepada ahli kelab serta masyarakat setempat

3.5       Mempromosikan kepada masyarakat setempat mengenai Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar

3.6       Mengumpul dana Kelab

4          STRUKTUR ORGANISASI KARNIVAL MERDEKA 2012

4.1       Penasihat
4.1.1    Kr. Kenneth Kutong

4.2       Pengerusi Pengelola
4.2.1    En. Josly Lary Anak Limon

4.3       Setiausaha
4.3.1    En. Hastomo Tommy

4.4       Bendahari
4.4.1    En. Ephrim Anak Asun

4.5       Ahli Jawatankuasa Seketariat
4.5.1   
4.5.2
4.5.3
4.5.4

4.6       Ahli Jawatankuasa Logistik
4.6.1   
4.6.2
4.6.3
4.6.4

4.7       Ahli Jawatankuasa Aktiviti
4.7.1
4.7.2
4.7.3
4.7.4

5          PEMBAHAGIAN TUGAS
5.1      Mereka yang terlibat telah di bahagikan tugas dan Jawatankuasa. Setiap Jawatankuas diketuai oleh ketua yang boleh dihubungi setiap masa. Jika mengalami masalah haruslah dirujuk kepada ketua masing-masing. Tugasan untuk setiap AJK adalah seperti berikut;

5.1.1        Pengerusi Pengelola
5.1.1.1 Memastikan semua AJK melaksanakan tugas yang diberikan khasnya    untuk menjayakan
            penganjuran Karnival Merdeka 2012.

5.1.2        Setiausaha
5.1.2.1 Membantu Jawatankuasa Seketariat dalam proses dokumentasi.
5.1.2.2 Tugas-tugas khas seperti memohon pengawal keselamatan(RELA) untuk bertugas melalui surat
            rasmi.
5.1.2.3 Menyediakan promosi/pengiklanan berkaitan program melalui notis bercetak ataupun scara dalam talian.
5.1.2.4 Menyediakan jemputan untuk tetamu VVIP, VIP dan masyarakat setempat melalui surat rasmi dan notis bercetak.
5.1.2.5 Bertanggungjawab untuk menyediakan laporan lengkap setelah tamat Karnival Merdeka 2012.

5.1.3        Bendahari
5.1.3.1 Pengurusan Penerimaan terutamanya bayaran yuran pendaftaran, jualan dan sumbangan
5.1.3.2 Pengurusan Pembayaran seperti makanan/minuman, peralatan, hadiah/cenderahati dsb.
5.1.3.3 Bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan yang lengkap dan tepat setelah tamat Karnival Merdeka 2012.
           
5.1.4        Jawatankuasa Seketariat
5.1.4.1  Menguruskan pendaftaran semua aktiviti, program, dan jamuan tetamu VVIP/VIP.
5.1.4.2  Menyediakan persembahan untuk menyambut kehadiran tetamu VVIP dan sebagainya.
5.1.4.3  Membuat permohonan Permit Polis ke IPD Lundu untuk Karnival ini.

5.1.5        Jawatankuasa Logistik
5.1.5.1  Bertanggungjawab untuk pengurusan tempat termasuk dewan serbaguna, pentas(beserta hiasan
            pentas & back drop), tempat jamuan, padang untuk ativiti dan tapak jualan (jika ada).
5.1.5.2  Bertanggungjawab untuk menyediakan hadiah,cenderahati, tiket cabutan bertuah, jualan bunga dan 
            lain-lain kupon jualan(jika ada).
5.1.5.3  Bertanggungjawab untuk menguruskan penyedian makanan dan minuman.
5.1.5.4  Bertanggungjawab untuk menyediakan peralatan Sistem PA termasuk kawalan di sepanjang
            program tersebut.
5.1.5.5  Memastikan semua peralatan dan kawasan aktiviti dibersihkan dan kemas setelah tamat Karnival Merdeka 2012.

5.1.6        Jawatankuasa Aktiviti
5.1.6.1  Bertanggungjawab untuk memastikan persembahan/pertandingan karaoke berjalan lancar. Ini 
            termasuklah perlantikan EMCEE & juri, pendaftaran peserta beserta senarai lagu/VCD/DVD dan sebagainya.
5.1.6.2  Bertanggungjawab untuk menyediakan aktiviti sukan, sukaneka dan pertandingan. Ini termasuklah
            pendaftaran peserta, pengadil dan peralatan.


6          KUMPULAN SOKONGAN
6.1       Kumpulan sokongan harus di wujudkan sebagai pembantu dalam menguruskan aktivti-aktiviti seperti yang dirancang jika aktiviti yang berlangsung memerlukan bantuan.
6.2       Kumpulan Sokongan ini adalah terdiri daripada semua Ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar.
            Semua ahli adalah diWAJIBkan untuk membantu dalam menjayakan karnival ini.


7          KAWALAN KOMUNIKASI

7.1       Kesemua pihak yang terlibat secara langsung dalam program ini sebagai penganjur haruslah
            memberikan nama, no telefon / no telefon bimbit untuk tujuan komunikasi dan setiap yang terlibat 
            akan berhubung melalui telefon.

6                    PERINCIAN PROGRAM

7.1       Tarikh : 16 September 2012 (Sabtu)
7.2       Masa : Dari 07.00 pagi hingga 12.00 tengahmalam
7.3       Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Pasir Hulu
7.4       Anggaran Tetamu dan Peserta : 300 Orang


7                    PESERTA/TETAMU
8.1       Semua ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar
8.2       Semua Penduduk Kampung Pasir Hulu yang berminat untuk menyertai Karnival ini
8.3       Masyarakat setempat yang berminat


9          KEMUDAHAN PERSEKITARAN
9.1       Berdasarkan keperluan dan perancangan aktiviti. Contohnya;
9.1.1    Gerai Jualan
9.1.2    Padang Sukaneka
9.1.3        Set Karaoke


10        TENTATIF PROGRAM

10.1                 07:00 pagi       Pendaftaran Peserta dan Taklimat
10.2                 07:30 pagi       Acara Sukaneka, Pertandingan dsb.
10.3                 12:30 tgh         Merarau
10.4                 02:00 petang   Acara Sukaneka, Pertandingan dsb.  
10.5                 06:00 malam    Persediaan Untuk Majlis Jamuan Malam
10.6                 06:30 petang   Ketibaan Para Tetamu dan Tetamu Khas
10.7                 06:45 malam    Ketibaan Tetamu Kehormat/VVIP (diiringi persembahan)
dan disertai nyanyian LAGU NEGARAKU
10.8                 07:00 malam    Ucapan alu-aluan Pengerusi KSRM
10.9                 07:20 malam    Ucapan dan perasmian Karnival Merdeka oleh Tetamu                       
Kehormat/VVIP (penyampaian cenderahati)
10.10               08:00 malam    Jamuan Makan Malam
10.11               08:10 malam    Pertandingan Karaoke
10.12               09:10 malam    Cabutan Tiket Bertuah
10.13               09:30 malam    Penyampaian Hadiah Kepada Peserta Sukaneka dan
Pertandingan
10.14               10:00 malam    Cabutan Tiket Bertuah
10.15               10:20 malam    Pertandingan Karaoke
10.16               10:50 malam    Nyanyian Suara Emas
10.17               11:00 malam    Cabutan Tiket Bertuah
10.18               11:20 malam    Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan
                                                Karaoke
10.19               11:40 malam     Cabutan Bertuah ( Hadiah Utama)
10.20               12:00 tghmlm    Laungan SELAMAT HARI MALAYSIA (Majlis Tamat)


11        AKTIVITI-AKTIVITI SAMPINGAN
11.1     Jualan Bunga
11.2     Jualan Tiket Bertuah
11.3     Pendaftaran Keahlian Baru KSRM
11.4     Lain-lain jualan


12        KOD PAKAIAN
12.1     Pakaian adalah bebas tetapi tidak keterlauan (menjolok mata dsb.) dan 
            seboleh-bolehnya mempunyai ciri-ciri kemerdekaan ( contohnya, batik yang bercorak bendera 
            Malaysia dsb.)


13        AKTIVITI SUKANEKA
13.1     Sila Rujuk Lampiran 13.1.1


14        SENARAI HADIAH/CENDERAHATI/HAMPER
14.1     Sila Rujuk Lampiran 14.1.1


15        MAKANAN
15.1     Sila Rujuk Lampiran 15.1.1


16        SESI KARAOKE
16.1     Sila Rujuk Lampiran 16.1.1


17        BELANJAWAN
17.1     Sila Rujuk Lampiran 17.1.1


Disediakan oleh;


__________________________
(HASTOMO ANAK TOMMY)
Setiausaha,
Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar


Diluluskan oleh


____________________________
(JOSLY LARRY ANAK LIMON)
Pengerusi,
Kelab Sukan Dan Rekreasi Mancar


Thursday 23 August 2012

Kesan-Kesan Perlombongan Pasir Di Sungai


Pengambilan pasir dari sungai-sungai adalah satu aktiviti yang telah lama di jalankan. Pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalan raya. Pasir juga banyak digunakan untuk kerja-kerja tebus guna tanah. Sumber pasir yang paling banyak dan mudah didapati ialah dari dasar sungai-sungai yang terdapat di negara ini.


Di sini saya hanya ingin menyentuh kesan-kesan negatif yang bakal berlaku daripada aktiviti melombong pasir sungai tersebut. Antaranya adalah;

  • Hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai. Akibat daripada itu, ia akan menjejaskan hidupan akuatik yang terdapat didalamnya.
  • Perubahan terhadap regime sungai. Sumber mineral negara seperti batu, tanah dan air turut terjejas.
  • Halangan ke atas aliran sungai. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir ataupun banjir lumpur terutamanya di kawasan hilir sungai.
  • Gangguan kepada pergerakan pengangkutan air. Ini kerana, apabila tanah dikorek untuk mendapatkan pasir di dasar sungai, struktur dasar sungai akan menjadi lemah dan bila-bila masa sahaja ianya boleh pecah.
  • Kerosakan ke atas persekitaran sungai. Ini termasuk tanaman penduduk yang terdapat di sepanjang tebingan sungai tersebut.
  • Kemerosotan kualiti air di hilir sungai. Sumber tadahan air akan tercemar dan ini akan memberi kesan terhadap manusia yang menggunakan air tersebut.
  • Mendapan di bahagian saluran pengambilan air dan lain-lain struktur sungai di hilir.
  • Kenderaan berat seperti lori yang digunakan untuk mengangkut pasir tersebut boleh menyebabkan jalan-jalan kampong rosak. Keadaan ini juga akan menyebabkan berlakunya gangguan lain seperti bunyi bising, dan persekitaran yang kotor serta berdebu.
  • Kenderaan berat yang lalu juga boleh menimbulkan risiko keselamatan terhadap anak-anak penduduk kampong yang terlibat.





Mengetahui betapa banyaknya kesan buruk yang boleh berlaku daripada aktiviti melombong pasir ini, seharusnya penduduk sekitar yang bakal terlibat adalah dinasihati untuk berfikir dengan bijak sebelum membenarkan ianya diteruskan. 

Sunday 12 August 2012

Negara rugi RM10 bilion setahun akibat kemalangan jalan raya


Negara mengalami kerugian lebih RM10 bilion setiap tahun akibat 7,000 kematian dalam kemalangan di jalan raya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata ini kerana kebanyakan mereka yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian adalah dari golongan produktif iaitu yang berusia antara 15 hingga 30 tahun yang mana mereka ini mampu memberikan sumbangan kepada kerrajaan. 



"Purata kematian membabitkan  satu kematian mengakibatkan kerugian RM1.43 juta iaitu jumlah yang terpaksa ditanggung kerajaan kerana kita membelanjakan wang yang banyak dari mula mereka lahir, pendidikan mereka dan kos rawatan di hospital. 

"Jumlah ini untuk orang biasa tidak termasuk golongan profesional kerana kerajaan juga akan kehilangan tenaga pakar yang mampu bersama-sama menjana ekonomi negara," katanya di sini, hari ini. 

Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Plaza Tol Sungai Dua. Turut hadir Pengarah JKJR Pulau Pinang, S Jegan. 

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata jika mereka tidak meninggal dunia, kerajaan boleh menggunakan wang itu untuk melaksanakan pembangunan dan kemudahan asas bagi keperluan rakyat. 

Sehubungan itu, katanya kemalangan boleh dielakkan jika rakyat mengambil pelbagai langkah termasuk mematuhi peraturan di jalan raya, memandu dengan berhemah dan bersabar ketika di jalan raya. 
"Selain kerugian banyak wang, kerajaan juga tidak mahu keluarga menanti kepulangan kita dengan kematian dan ada yang hilang tempat bergantung serta sumber pendapatan," katanya. 

Beliau berharap pengguna jalan raya berhati-hati apabila berada di jalan raya untuk pulang ke kampung dengan selamat semasa musim perayaan ini.