KERTAS KERJA
Karnival Merdeka 2012
PADA
16 September 2012
TEMPAT
Dewan Serbaguna Kampung
Kmpung Pasir Hulu
94500 Lundu
Sarawak
ANJURAN
Kelab Sukan Dan Rekreasi Mancar
TEMA
1 PENGENALAN
1.1 Karnival Merdeka anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar merupakan aktiviti tahunan yang telah dipersetujui di bawah Takwim JKKK Kampung Pasir Hulu.
1.2 Penganjuran Karnival Merdeka ini juga merupakan salah satu kaedah untuk untuk menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli KSRM dan masyarakat. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan semasa Karnival Merdeka ini adalah dirancang bagi menghasilkan satu platform semangat setiakawan dan kerjasama. Antara pengisian dalam Karnival Merdeka ini meliputi aspek kemerdekaan, kebudayaan dan sukan.
1.3 Adalah menjadi harapan peserta agar sambutan Karnival Merdeka ini akan meriah dan berjalan
lancar serta berjaya mencapai objektifnya.
2 RINGKASAN
2.1 Kertas kerja ini adalah berkaitan perancangan untuk menganjurkan Karnival Merdeka. KarnivalMerdeka ini mestilah merangkumi aktiviti seperti di bawah bagi mengisi aktiviti utama penganjurannya;
2.1.1 Rekreasi
2.1.2 Aktiviti Sukaneka
2.1.3 Aktiviti-aktiviti yang berkaitan kebudayaan/kemerdekaan
2.2 Dalam memastikan setiap program berjalan lancar, penganjur perlu memastikan perkara-perkara
yang perlu di ambil kira seperti:
2.2.1 Lokasi penganjuran
2.2.2 Peserta
2.2.3 Program
2.2.4 Penyediaan sumber
2.2.5 Kewangan
3 OBJEKTIF KARNIVAL MERDEKA 2012
3.1 Memupuk semangat setiakawan dikalangan ahli-ahli KSRM dan masyarakat setempat.
3.2 Memupuk semangat kemerdekaan di dalam diri setiap individu.
3.3 Pengisian untuk Sambutan Hari Kemerdekaan
3.4 Menggalakkan aktiviti sukan dan rekreasi kepada ahli kelab serta masyarakat setempat
3.5 Mempromosikan kepada masyarakat setempat mengenai Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar
3.6 Mengumpul dana Kelab
4 STRUKTUR ORGANISASI KARNIVAL MERDEKA 2012
4.1 Penasihat
4.1.1 Kr. Kenneth Kutong
4.2 Pengerusi Pengelola
4.2.1 En. Josly Lary Anak Limon
4.3 Setiausaha
4.3.1 En. Hastomo Tommy
4.4 Bendahari
4.4.1 En. Ephrim Anak Asun
4.5 Ahli Jawatankuasa Seketariat
4.5.1
4.5.2
4.5.3
4.5.4
4.6 Ahli Jawatankuasa Logistik
4.6.1
4.6.2
4.6.3
4.6.4
4.7 Ahli Jawatankuasa Aktiviti
4.7.1
4.7.2
4.7.3
4.7.4
5 PEMBAHAGIAN TUGAS
5.1 Mereka yang terlibat telah di bahagikan tugas dan Jawatankuasa. Setiap Jawatankuas diketuai oleh ketua yang boleh dihubungi setiap masa. Jika mengalami masalah haruslah dirujuk kepada ketua masing-masing. Tugasan untuk setiap AJK adalah seperti berikut;
5.1.1 Pengerusi Pengelola
5.1.1.1 Memastikan semua AJK melaksanakan tugas yang diberikan khasnya untuk menjayakan
penganjuran Karnival Merdeka 2012.
5.1.2 Setiausaha
5.1.2.1 Membantu Jawatankuasa Seketariat dalam proses dokumentasi.
5.1.2.2 Tugas-tugas khas seperti memohon pengawal keselamatan(RELA) untuk bertugas melalui surat
rasmi.
5.1.2.3 Menyediakan promosi/pengiklanan berkaitan program melalui notis bercetak ataupun scara dalam talian.
5.1.2.4 Menyediakan jemputan untuk tetamu VVIP, VIP dan masyarakat setempat melalui surat rasmi dan notis bercetak.
5.1.2.5 Bertanggungjawab untuk menyediakan laporan lengkap setelah tamat Karnival Merdeka 2012.
5.1.3 Bendahari
5.1.3.1 Pengurusan Penerimaan terutamanya bayaran yuran pendaftaran, jualan dan sumbangan
5.1.3.2 Pengurusan Pembayaran seperti makanan/minuman, peralatan, hadiah/cenderahati dsb.
5.1.3.3 Bertanggungjawab menyediakan laporan kewangan yang lengkap dan tepat setelah tamat Karnival Merdeka 2012.
5.1.4 Jawatankuasa Seketariat
5.1.4.1 Menguruskan pendaftaran semua aktiviti, program, dan jamuan tetamu VVIP/VIP.
5.1.4.2 Menyediakan persembahan untuk menyambut kehadiran tetamu VVIP dan sebagainya.
5.1.4.3 Membuat permohonan Permit Polis ke IPD Lundu untuk Karnival ini.
5.1.5 Jawatankuasa Logistik
5.1.5.1 Bertanggungjawab untuk pengurusan tempat termasuk dewan serbaguna, pentas(beserta hiasan
pentas & back drop), tempat jamuan, padang untuk ativiti dan tapak jualan (jika ada).
5.1.5.2 Bertanggungjawab untuk menyediakan hadiah,cenderahati, tiket cabutan bertuah, jualan bunga dan
lain-lain kupon jualan(jika ada).
5.1.5.3 Bertanggungjawab untuk menguruskan penyedian makanan dan minuman.
5.1.5.4 Bertanggungjawab untuk menyediakan peralatan Sistem PA termasuk kawalan di sepanjang
program tersebut.
5.1.5.5 Memastikan semua peralatan dan kawasan aktiviti dibersihkan dan kemas setelah tamat Karnival Merdeka 2012.
5.1.6 Jawatankuasa Aktiviti
5.1.6.1 Bertanggungjawab untuk memastikan persembahan/pertandingan karaoke berjalan lancar. Ini
termasuklah perlantikan EMCEE & juri, pendaftaran peserta beserta senarai lagu/VCD/DVD dan sebagainya.
5.1.6.2 Bertanggungjawab untuk menyediakan aktiviti sukan, sukaneka dan pertandingan. Ini termasuklah
pendaftaran peserta, pengadil dan peralatan.
6 KUMPULAN SOKONGAN
6.1 Kumpulan sokongan harus di wujudkan sebagai pembantu dalam menguruskan aktivti-aktiviti seperti yang dirancang jika aktiviti yang berlangsung memerlukan bantuan.
6.2 Kumpulan Sokongan ini adalah terdiri daripada semua Ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar.
Semua ahli adalah diWAJIBkan untuk membantu dalam menjayakan karnival ini.
7 KAWALAN KOMUNIKASI
7.1 Kesemua pihak yang terlibat secara langsung dalam program ini sebagai penganjur haruslah
memberikan nama, no telefon / no telefon bimbit untuk tujuan komunikasi dan setiap yang terlibat
akan berhubung melalui telefon.
6 PERINCIAN PROGRAM
7.1 Tarikh : 16 September 2012 (Sabtu)
7.2 Masa : Dari 07.00 pagi hingga 12.00 tengahmalam
7.3 Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Pasir Hulu
7.4 Anggaran Tetamu dan Peserta : 300 Orang
7 PESERTA/TETAMU
8.1 Semua ahli Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar
8.2 Semua Penduduk Kampung Pasir Hulu yang berminat untuk menyertai Karnival ini
8.3 Masyarakat setempat yang berminat
9 KEMUDAHAN PERSEKITARAN
9.1 Berdasarkan keperluan dan perancangan aktiviti. Contohnya;
9.1.1 Gerai Jualan
9.1.2 Padang Sukaneka
9.1.3 Set Karaoke
10 TENTATIF PROGRAM
10.1 07:00 pagi Pendaftaran Peserta dan Taklimat
10.2 07:30 pagi Acara Sukaneka, Pertandingan dsb.
10.3 12:30 tgh Merarau
10.4 02:00 petang Acara Sukaneka, Pertandingan dsb.
10.5 06:00 malam Persediaan Untuk Majlis Jamuan Malam
10.6 06:30 petang Ketibaan Para Tetamu dan Tetamu Khas
10.7 06:45 malam Ketibaan Tetamu Kehormat/VVIP (diiringi persembahan)
dan disertai nyanyian LAGU NEGARAKU
10.8 07:00 malam Ucapan alu-aluan Pengerusi KSRM
10.9 07:20 malam Ucapan dan perasmian Karnival Merdeka oleh Tetamu
Kehormat/VVIP (penyampaian cenderahati)
10.10 08:00 malam Jamuan Makan Malam
10.11 08:10 malam Pertandingan Karaoke
10.12 09:10 malam Cabutan Tiket Bertuah
10.13 09:30 malam Penyampaian Hadiah Kepada Peserta Sukaneka dan
Pertandingan
10.14 10:00 malam Cabutan Tiket Bertuah
10.15 10:20 malam Pertandingan Karaoke
10.16 10:50 malam Nyanyian Suara Emas
10.17 11:00 malam Cabutan Tiket Bertuah
10.18 11:20 malam Penyampaian Hadiah Kepada Pemenang Pertandingan
Karaoke
10.19 11:40 malam Cabutan Bertuah ( Hadiah Utama)
10.20 12:00 tghmlm Laungan SELAMAT HARI MALAYSIA (Majlis Tamat)
11 AKTIVITI-AKTIVITI SAMPINGAN
11.1 Jualan Bunga
11.2 Jualan Tiket Bertuah
11.3 Pendaftaran Keahlian Baru KSRM
11.4 Lain-lain jualan
12 KOD PAKAIAN
12.1 Pakaian adalah bebas tetapi tidak keterlauan (menjolok mata dsb.) dan
seboleh-bolehnya mempunyai ciri-ciri kemerdekaan ( contohnya, batik yang bercorak bendera
Malaysia dsb.)
13 AKTIVITI SUKANEKA
13.1 Sila Rujuk Lampiran 13.1.1
14 SENARAI HADIAH/CENDERAHATI/HAMPER
14.1 Sila Rujuk Lampiran 14.1.1
15 MAKANAN
15.1 Sila Rujuk Lampiran 15.1.1
16 SESI KARAOKE
16.1 Sila Rujuk Lampiran 16.1.1
17 BELANJAWAN
17.1 Sila Rujuk Lampiran 17.1.1
Disediakan oleh;
__________________________
(HASTOMO ANAK TOMMY)
Setiausaha,
Kelab Sukan dan Rekreasi Mancar
Diluluskan oleh
____________________________
(JOSLY LARRY ANAK LIMON)
Pengerusi,
Kelab Sukan Dan Rekreasi Mancar