Saturday, 21 July 2012

150,000 kondom Olimpik



Temasya Olimpik London 2012 mungkin yang paling ‘panas’ dalam sejarah sukan itu selepas penganjur menyediakan 150,000 kondom Durex percuma, 15 untuk setiap atlit. 

Angka itu melebihi 50 peratus berbanding di kejohanan Beijing pada 2008 yang menyediakan 100,000 kondom.



‘Selera seks’ peserta dilaporkan meningkat sejak kejohanan di Seoul pada 1988 hanya menyediakan 8,500 kondom percuma, lapor akhbar The Mirror. 
Angka itu melonjak kepada 50,000 apabila pertandingan diadakan di Barcelona pada 1992 manakala penganjur Sydney 2000 terpaksa membeli tambahan 20,000 lagi kondom selepas 70,000 kondom yang ada kehabisan.

Peraturan benar teman peserta masuk 

Ia mungkin ada kena mengena dengan peraturan membenarkan teman peserta masuk ke tempat penginapan atlit dengan 3,500 pelawat dijangka masuk setiap hari di 2,818 pangsapuri. 

Malah, ujian kehamilan juga dikatakan turut ditempah. 
Satu sumber memberitahu akhbar itu: “Semua orang tahu keadaan di tempat penginapan sukan. Cuma, bagi atlit tempatan, mereka tentu lebih memberi tumpuan kepada menang pingat.” 

Ketika ditanya bagaimana situasi ‘panas’ itu di perkampungan Olimpik, perenang Amerika Syarikat, Ryan Lochte berkata: “Saya rasa 70 hingga 75 peratus atlit terbabit.” 

Peserta negara itu dalam acara menembak, Josh Lakatos pula berkata: “Keadaannya seperti di rumah pelacuran. Begitu banyak aksi panas.” 

Lochte kemudian mengulas: “Ketika kejohanan Olimpik lalu, saya ada teman wanita. Sekarang, saya kembali solo jadi saya rasa teruja kali ini.” 

“Bertanding dalam kejohanan Olimpik adalah kemuncak kerjaya anda, jadi mungkin ada yang sedia melakukan sesuatu di luar kebiasaan. Tetapi, saya yakin, jika saya nampak orang melakukannya, saya akan ketawa,” kata pemain bola tampar Britain, Shauna Mullin




Shared from http://www.bharian.com.my

Thursday, 19 July 2012

God is a Giver. Not a Taker


Romans 8:32
32He who did not spare His own Son, but delivered Him up for us all, how shall He not with Him also freely give us all things?

Some Christians mistakenly believe that God gives and also takes away. At funerals, we sometimes hear the minister say, “The Lord giveth, and the Lord taketh. Blessed be the name of the Lord.”


I remember an occasion when I was looking at a baby who was suffering from cancer. I heard one of his family members comment, “You can’t be sure what God’s will is. He may or may not heal.” What that person meant was that although the Lord had given the parents this baby, He might later take the baby away from them.

Job displayed this very same attitude when he received the news that he had lost his property and children. Thinking that God was the source of his problems and not knowing that it was actually Satan who had come against him, he said, “Naked I came from my mother’s womb, and naked shall I return there. The Lord gave, and the Lord has taken away; blessed be the name of the Lord.” (Job 1:21) Such a statement seems to honor God, but in reality, it reveals an erroneous view of our heavenly Father.

As children of God, we know what the Father’s will is for us. He is a giver, not a taker! Jesus said, “Do not fear, little flock, for it is your Father’s good pleasure to give you the kingdom.” (Luke 12:32) It is the devil who is the thief. He comes to steal, kill and destroy. But Jesus came to give us life more abundant. (John 10:10)

Jesus met every need and healed every sickness brought before Him, and at the cross, He gave His own life. Never once did He take anything away from the people who came to Him. And the Bible says that whoever has seen Jesus has seen the Father. (John 14:9)

Beloved, your heavenly Father wants you to know today that He is the one who gives you all good things. And if He has already given us heaven’s best — Jesus, “how shall He not with Him also freely give us all things”?

Dakwat Kekal Mandatori, Jamin Tidak Tarik Balik - SPR


PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi jaminan dakwat kekal ketika proses pengundian akan tetap digunakan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
Sambil menolak dakwaan bahawa penggunaannya akan ditarik balik pada saat-saat akhir, Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwat kekal adalah mandatori bagi semua pengundi.
"Ada yang membuat spekulasi dan andaian bahawa penggunaan dakwat kekal akan dibatalkan seperti yang berlaku pada 2008.
"Saya beri jaminan ia akan digunakan pada PRU-13 akan datang...penggunaannya adalah mandatori dan bukannya pilihan," katanyapada sesi taklimat semasa mengadakan pertemuan dengan pemimpin parti politik di sini, Khamis.
Pada PRU-12, SPR mengumumkan penggunaan dakwat kekal dibatalkan lima hari sebelum hari pengundian 8 Mac 2008 atas faktor keselamatan.
Penggunaan dakwat kekal selaras dengan penguatkuasaan Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) (Pindaan) 2012 yang diwartakan pada 13 Februari 2012 dan mula berkuatkuasa pada 15 Februari 2012.
SPR Sebelum ini mengumumkan akan menggunakan dua jenis dakwat kekal yang berbeza untuk dicalitkan pada jari pengundi awal seperti pengundi pos melibatkan anggota keselamatan dengan pengundi biasa.
Malah Majlis Fatwa Kebangsaan pada Januari lalu telah memutuskan bahawa penggunaan dakwat kekal oleh SPR sebagai harus dan kandungan sampel dakwat yang dikemukakan agensi itu tidak bercanggah dengan hukum syarak.

PM umum 19 Julai Hari Pesara


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 19 Julai setiap tahun sebagai Hari Pesara bagi menghargai sokongan dan sumbangan kepada negara. 

Datuk Seri Najib Razak

Perdana Menteri berkata, hari istimewa itu juga bagi membuktikan kerajaan tidak pernah melupakan khidmat dan komitmen pesara untuk pembangunan negara. Sebelum ini, Presiden Kesatuan Kelab Pesara Kerajaan 1Malaysia (KUPEKMAS), Datuk Omar Osman mencadangkan kepada kerajaan supaya mengisytiharkan 19 Julai setiap tahun sebagai Hari Pesara. 

"Ini adalah penghormatan terbesar yang kita boleh berikan kepada pesara yang sudah banyak menyumbang tenaga dalam membangunkan negara hingga kini. 

"Saya tahu golongan pesara tidak meminta apa-apa ganjaran tetapi golongan ini cuma mahu keprihatinan daripada kerajaan," katanya ketika melancarkan KUPEKMAS di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), sebentar tadi. 


SPA: 26 dasar tak mesra pemohon kerja dikaji semula



Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengkaji semula 26 dari 593 dasar atau peraturan yang digunapakai dalam menentukan pengambilan penjawat awam bagi memastikan ia sesuai dengan keadaan semasa.


    
Pengerusi SPA Tan Sri Mahmood Adam berkata 26 dasar itu dipilih kerana ia dianggap tidak mesra rakyat atau pemohon pekerjaan di sektor awam, dan mungkin hanya sesuai pada zaman ia mula-mula dilaksana.

"Contohnya ada peraturan yang mengatakan pemohon yang telah berjaya, jika mereka menolak tawaran itu mereka tidak dibenar memohon jawatan itu lagi untuk tiga tahun, tanpa usul periksa.

"Jadi kami kena siasat kenapa, kemungkinan dia tak sihat atau ada kontrak dengan syarikat lain. Jadi kami cadangkan peraturan
yang tak mesra ini dihapuskan.
    
"Mereka yang dalam tempoh percubaan pula, hukuman tatatertib lebih ringan aripada mereka yang menjadi kakitangan tetap, jadi ia perlu diselaraskan," katanya selepas perjumpaan dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam erkhidmatan Awam (Cuepacs) di pejabatnya di Putrajaya hari ini.
    
Mahmood berkata perkara itu telah dibentang kepada Cuepacs pada pertemuan tu, dan mereka diberi masa untuk mengkaji dan kemudian menyalurkan pandangan serta cadangan mereka mengenai perkara itu kepada SPA.
    
Beliau berkata perbincangan dengan kementerian, jabatan dan pihak berkuasa elantik juga dilakukan bagi menentukan sama ada perkara-perkara itu perlu iubahsuai mengikut peredaran masa atau dihapuskan terus.
    
Mahmood berkata tiada tempoh masa ditetapkan untuk menyelesaikan kesemua 26 perkara itu, dan ia mungkin diselesaikan satu persatu.
    
Sehingga keputusan mengenai 26 perkara itu dicapai, peraturan itu masih terpakai dan disesuaikan dari semasa ke semasa, katanya.
    
Purata permohonan bagi pekerjaan dalam sektor awam ialah 1.1 juta setahun, anakala kekosongan jawatan untuk tahun ini dan tahun depan berdasarkan penjawat awam yang bersara berjumlah 7,000, manakala kekosongan jawatan berdasarkan pengambilan baru atau jawatan baru pula bergantung kepada kementerian dan jabatan.
    
Sementara itu Presiden Cuepacs Omar Osman berkata dua perkara yang tidak ipersetujui Cuepacs ialah dasar yang membenarkan pemegang Ijazah Sarjana Muda memohon jawatan peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta membenarkan calon mengemukakan permohonan sehingga 15 jawatan pilihan berbanding lima sebelum ini.
    
Beliau berkata perkara itu akan dibincang secara menyeluruh di peringkat uepacs, dan akan dibentang kepada SPA pada pertemuan berkala yang akan iadakan nanti.




Wednesday, 18 July 2012

Mobile phones in schools a mistake — Teachers union


William Ghani Bina

The move to allow students to bring handphones to school has drawn critical reactions from the teachers unions and educationists.

They foresee it could do more harm than good, possibly opening up loopholes for students to engage in copying or leaking out information during examinations.

As such, they collectively agreed that handphones ought to be banned in schools in the interest of safety and security.
In leading the call yesterday, Sarawak Teachers Union (STU) president William Ghani Bina strongly felt the use of such device in school might open to abuse, enabling students to cheat in their examinations.

“All the teachers unions in the country attended the meeting chaired by Deputy Education Minister Datuk Dr Wee Ka Siong.

I was there, too, and we collectively disagreed with the move to allow children to bring handphones to school.

“The thing is, for example, they can key-in the essay into their handphones and retrieve the information during examinations. Similarly, they can key-in answers into their phones thus, giving more rooms for those dishonest individuals to copy and make the grade,” Ghani told The Borneo Post.

Wee on Monday said students would be allowed to bring mobile phones and IT gadgets to school from next year after the rules and regulations under the Education Act 1996 were amended.

He said such changes were needed to encourage educators and students to embrace information technology in line with the Education Ministry’s move to implement the virtual teaching and learning programme ‘1Bestari’ nationwide.

Ghani, however, said allowing the use of such device in school would be most disruptive and might impede acquisition of knowledge.

“During lessons, students being children would be tempted to send SMSes, play games or even watch ‘funny’ pictures. And the poor teacher would be left talking to himself as students seemed to be more interested in the device,” he explained.

He said this might engender untoward incidents where students being too engrossed on the phone might be unaware of oncoming vehicles outside the school gate.

On security aspect, he said: “Snatch thieves are always on the prowl and students could become easy prey.

“If students are talking on the handphone, bad hats could just spring from nowhere and snatch their device, which may result in injury if they (students) fall,” he warned.

Advising parents, he said handphones should only be given to their children when it was deemed really necessary.
“In fact, parents could always call the school if they needed to speak to their children,” he suggested.

University professor Dr Ting Chek Ming, however, lauded the move, saying it would bring more merits, provided rules and regulations were laid down as in flying.

“The control mechanism would require students to only switch on their handphones during recess or after school for them to get in touch with their parents.

“Like when boarding aeroplanes, we are required to turn off our handphones until the aircraft has landed and we are inside the terminal. The same rules can be implemented to ensure the device is put to good use.

“And there is no way for students to cheat if the device is prohibited in the examination hall,” Dr Ting reasoned.

He asserted that having the device would certainly come in handy when parents need to inform their children that
they would be late to fetch them due to an urgent meeting or other urgent matters.


A parent, Angy Ng, figured some students might abuse the various advanced features in the handphone to cheat during examinations.

“Others may find it hard to resist texting to friends or resorting to playing games during lesson. This could be very disruptive and impede the knowledge transfer process,” Ng argued.

“As kids have yet to mature mentally and are naturally inquisitive, there is no telling what they would do with their handphones.”

Chief executive officer (CEO) of Kolej ITA Datuk Seri Dr Benny Lee also thought the device might be open to abuse, like leaking out information.

“They may do unexpected things in class and later upload onto Facebook and others. Children in both primary and secondary schools are not ready for this,” he said.

'Perlu seimbang antara undang-undang dan privasi media sosial'


Kepentingan memelihara kedaulatan undang-undang dan privasi media sosial perlu mempunyai keseimbangan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Kamaruddin Siaraf hari ini.


Beliau berkata sejajar dengan itu, adalah amat penting bagi pihak berkuasa menjalin kesefahaman lebih mendalam dengan penyedia media sosial dan memahami dasar komersial yang mendasari penggunaan aplikasi media sosial.

"Malaysia amat prihatin tentang jenayah yang dilakukan dan perbuatan mengenepikan undang-undang kerana kepandaian menggunakan aplikasi Internet dan media sosial kadangkala boleh mencipta 'kelubung anonimiti'.

"Kelubung anonimiti ini boleh mencetuskan pelbagai masalah sosial seperti perbuatan membuli dan mengganggu melalui alam siber.

"Malangnya, tidak ada cara difinitif untuk mengira jumlah kes ini kerana kita tahu bahawa bukan semua mangsa melaporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa, dan bagi yang membuat laporan pula, mereka jarang mendapat pembelaan secara undang-undang kerana unsur anonimiti yang terdapat dalam Internet.

"Oleh itu, penjenayah siber sering terlepas begitu saja daripada kesalahan yang mereka lakukan," katanya ketika merasmikan Forum Meningkatkan Keberkesanan dan Keselamatan Media Sosial ITU-Asean di sini.

Kamaruddin berkata ruang siber bukanlah tempat yang bebas daripada undang-undang, kerana perkara yang menjadi kesalahan di luar talian juga merupakan kesalahan di dalam talian.

"Begitu jugalah, undang-undang yang terpakai dalam dunia fizikal, juga terpakai dalam dunia maya," katanya.

Beliau berkata kini jumlah pengguna Facebook merangkumi antara 3.2 peratus hingga 58.8 peratus penduduk di 10 negara anggota Asean.

"Saya percaya peningkatan jumlah pengguna media sosial di rantau ini akan mendorong penyedia media sosial bersikap lebih responsif terhadap isu yang dihadapi negara anggota Asean, terutama dalam menguatkuasakan undang-undang kita masing-masing," katanya.

Forum dua hari itu memberi fokus terhadap pelbagai aspek penggunaan media sosial, daripada segi kesannya terhadap kehidupan seharian dan peranannya dalam komunikasi risiko dan krisis, hinggalah kepada mendepani cabaran berhubung kawal selia dan pendekatan.

Selain penggubal dasar dan pengawal selia dari 10 negara anggota Asean, forum dua hari itu turut disertai wakil daripada industri, golongan akademik dan penyedia media sosial dari seluruh rantau ini.