Pengambilan pasir dari sungai-sungai adalah
satu aktiviti yang telah lama di jalankan. Pasir merupakan bahan utama dalam
industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalan raya.
Pasir juga banyak digunakan untuk kerja-kerja tebus guna tanah. Sumber pasir
yang paling banyak dan mudah didapati ialah dari dasar sungai-sungai yang
terdapat di negara ini.
Di sini saya hanya ingin menyentuh kesan-kesan negatif
yang bakal berlaku daripada aktiviti melombong pasir sungai tersebut. Antaranya
adalah;
- Hakisan
dan ketidakstabilan tebing sungai. Akibat daripada itu, ia akan
menjejaskan hidupan akuatik yang terdapat didalamnya.
- Perubahan
terhadap regime sungai. Sumber mineral negara seperti batu, tanah dan air
turut terjejas.
- Halangan
ke atas aliran sungai. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir
ataupun banjir lumpur terutamanya di kawasan hilir sungai.
- Gangguan
kepada pergerakan pengangkutan air. Ini kerana, apabila tanah dikorek
untuk mendapatkan pasir di dasar sungai, struktur dasar sungai akan
menjadi lemah dan bila-bila masa sahaja ianya boleh pecah.
- Kerosakan
ke atas persekitaran sungai. Ini termasuk tanaman penduduk yang terdapat
di sepanjang tebingan sungai tersebut.
- Kemerosotan
kualiti air di hilir sungai. Sumber tadahan air akan tercemar dan ini akan
memberi kesan terhadap manusia yang menggunakan air tersebut.
- Mendapan
di bahagian saluran pengambilan air dan lain-lain struktur sungai di
hilir.
- Kenderaan
berat seperti lori yang digunakan untuk mengangkut pasir tersebut boleh
menyebabkan jalan-jalan kampong rosak. Keadaan ini juga akan menyebabkan
berlakunya gangguan lain seperti bunyi bising, dan persekitaran yang kotor
serta berdebu.
- Kenderaan berat yang lalu juga boleh menimbulkan risiko keselamatan terhadap anak-anak penduduk kampong yang terlibat.
Mengetahui
betapa banyaknya kesan buruk yang boleh berlaku daripada aktiviti melombong
pasir ini, seharusnya penduduk sekitar yang bakal terlibat adalah dinasihati
untuk berfikir dengan bijak sebelum membenarkan ianya diteruskan.










