Ngayau, merupakan tradisi kaum Dayak Iban pada suatu masa dahulu. Kini tradisi
memburu kepala atau "ngayau" tidak lagi diamalkan dan telah
diharamkan oleh terutamanya pada zaman penjajahan lagi. Ramai pihak berpendapat
atau berfahaman bahawa, "lelaki iban yang berjaya memperolehi kepala dalam
ekspedisi ngayau akan menjadi rebutan atau kegilaan ramai wanita" ini
kerana ia melambangkan keberanian dan satu jaminan dan kepercayaan bahawa
lelaki tersebut mampu menjaga keselamatan wanita yang dikahwininya. Sebenarnya
kenyataan itu tidak 100% tepat, malah masih boleh dipersoalkan. Ia dikatakan
sedemikian kerana menurut cerita lisan masyarakat Iban di Rumah-Rumah panjang,
selain orang Bujang ada juga individu yang telah berkeluarga menyertai
ekspedisi memburu kepala.
Oleh itu, paling tepat kalau kita katakan bahawa, aktiviti
"Ngayau" dijalankan adalah untuk mendapat penghormatan pada mata
masyarakat. Dalam erti kata lain, "ngayau" juga berperanan untuk
menaikan taraf sosial seseorang. Orang yang pernah memperolehi kepala dalam
aktiviti "ngayau" yang disertainya akan digelar sebagai "Bujang
Berani", serta dikaitkan dengan hal-hal sakti. Ternyata bahawa masyarakat
Iban Tradisional tidak memandang "Ngayau" sebagai perkara yang
memudaratkan. Malah berdasarkan cerita lisan masyarakat Iban juga,
"ngayau" sentiasa dikaitkan dengan bebagai-bagai unsur positif.
Misalnya, "Ngayau sebagai lambang keberanian, Simbol Kelelakian, serta
martabat Sosial.
No comments:
Post a Comment