Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendedahkan
bahawa pengundi daripada kalangan belia di negeri ini adalah yang paling rendah
bilangannya di Malaysia. Beliau berkata berdasarkan statistik yang dikeluarkan
oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah belia yang telah mendaftar sebagai
pengundi di negeri ini hanyalah 30 peratus.
“Kita ternyata amat kecewa kerana bilangan pengundi belia di
Sarawak hanya dalam lingkungan 30 hingga 33 peratus dan Kuching adalah jumlah
paling rendah,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Jika dakwaan
ini ternyata benar, apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh pihak
kerajaan? Ini terutamanya bagi menarik minat para belia di negeri ini untuk
mendaftar sebagai pemilih. Jumlah 30 peratus adalah jauh lebih kecil jika
dibandingkan dengan statistic belia yang ramai di negeri ini. Ini amattlah
membimbangkan.
Adalah lebih
baik bagi pihak kerajaan untuk menggunakan pendekatan ataupun mekanisma yang
berbeza berbanding di semenanjung untuk memenangi hati para belia di Sarawak supaya
mendaftar. SPR juga perlu memainkan peranannya iatu sebagai penggerak
terutamanya untuk lebih aktif melakukan pendaftaran bagi belia di kawasan luar Bandar.
Kerjasama dengan badan-badan tertentu juga harus dipertingkatkan.
Dalam pada itu, belia
juga harus peka dengan tanggungjawab mereka untuk menjadi seorang pemilih. Ini
amatlah penting terutamanya bagi menentukan hala tuju pembangunan negeri
Sarawak khasnya.
No comments:
Post a Comment