RISDA
telah memperuntukkan RM67.5 juta untuk melaksanakan Program Tanam Semula
di tanah berkeluasan 5,000 hektar di seluruh negeri ini. Program itu akan
dilaksanakan di kawasan kebun getah yang tidak bermutu dan berhasil rendah
dengan getah klon baharu yang berhasil tinggi. RISDA turut menyediakan
bantuan sebanyak RM13,500 per hektar termasuk menyediakan benih secukupnya
daripada klon terbaik.
Bagi per hektar, antara klon yang diberikan
adalah PB 260 yang mampu menghasilkan 2,168 kilogram (kg), PB 350 (2,765kg)
RRIM 2001 (2,850kg) dan RRIM 2002 (2,348kg). Walaubagaimanapun, pokok itu perlu
dibaja sebaiknya dengan menggunakan baja disediakan RISDA agar potensinya dapat
dimanfaatkan sepenuhnya.
Gerakan membaja itu diperhebat bagi meningkatkan
produktiviti pekebun kecil agar dapat meningkatkan pendapatan selari dengan
Model Baharu Ekonomi. Melalui amalan pembajaan yang betul, tempoh muda
pokok dapat dipendekkan kepada 4 1/2 tahun selepas ditanam di kebun dengan
mempraktikkan amalan pertanian yang baik serta teknologi yang sesuai.
Oleh yang demikian, saya berharap agar semua
ketua masyarakat khususnya di daerah Lundu agar lebih peka dengan perkara tersebut
dan seterusnya mengambil peluang keemasan ini untuk manfaat penduduk kampung di
bawah jagannya.
No comments:
Post a Comment