Presiden
Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata kongres itu mahu kerajaan mengumumkan
individu yang akan menganggotai suruhanjaya selewat-lewatnya pada hujung bulan
ini.
Dipetik
Bernama Online, Omar berkata “Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan
siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga
kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.
“Sebab
itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini
selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini,” beliau telah berkata selepas seminar
Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan Sistem Saraan
Malaysia pada hari ini.
Seminar
itu telah dirasmikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan
Antarabangsa dan Industri.
Omar
berkata bahawa Cuepacs telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya
menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat
bagi penambahbaikan penjawat awam itu.
Beliau
menambah bahawa draf mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diperiksa dengan
teliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam
seluruh negara secepat mungkin supaya masalah seperti yang berlaku dalam SBPA
sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu langsung dalam perkara itu tidak
akan timbul lagi.
Shared from : http://www.themalaysianinsider.com
No comments:
Post a Comment