Sarawak mencatat kes kemalangan maut yang tinggi bagi tempoh
empat bulan pertama tahun ini dengan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding
tempoh sama tahun 2011.
Justeru,
Sarawak (penduduk) perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan kadar kes
kemalangan maut di negeri ini.
Dalam pada itu, memandu secara laju dikenal pasti sebagai
faktor utama yang menyumbang kepada kes kemalangan maut di seluruh negara. Ini yang kita kata ‘pecut maut’ iaitu memandu atau memecut
dengan laju di tempat dan masa yang salah tanpa menghiraukan keselamatan diri
dan pengguna jalan raya yang lain. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kurangnya
sikap bertimbang rasa dan berhemah dalam kalangan pemandu ketika berada di
jalan raya.
Sehubungan itu, polis trafik akan meningkatkan lagi
penguatkuasaan undang-undang di jalan raya sebagai langkah untuk mendidik para
pengguna jalan raya agar menjadi pemandu yang lebih berhemah dan bertimbang
rasa ketika sebagaimana yang dilaksanakan di negara-negara maju lain.
Dipetik dari http://www.theborneopost.com
No comments:
Post a Comment