Waktu kita senang mahupun susah, waktu ibu kita
muda bertenaga mahupun tua dan tidak berdaya, kasih kita kepada ibu harus malar
hijau tidak kira apa keadaannya.
Ibu adalah nadi dalam keluarga yang membentuk
masyarakat dan negara dan menentukan corak dan kehidupan generasi yang akan datang.
“Tiada lain yang dapat
menggantikan kasih sayang ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat
anak-anak. Walaupun hati ibu bersedih, dia tetap sanggup menyembunyikan
kesedihannya itu demi membuatkan anak-anaknya bahagia. Gelak tawa anak-anaknya
adalah penawar segala kepahitan yang ibu alami. Ibulah insane yang mengajar
kita tentang nilai yang baik dalam kehidupan.”
Hari
Ibu hari ini adalah hari yang cukup istimewa untuk menunjukkan sejauh mana
keistimewaan seorang ibu.
Maka, jika kita tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana telah
membawa kita ke dunia, marilah kita melakukan itu sekarang. Terima kasih,
Selamat Hari Ibu.
No comments:
Post a Comment