Ada yang berpendapat, golongan yang masih samar
sokongan terhadap parti untuk diundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yakin
akhirnya akan memilih Barisan Nasional (BN). Hasil kajian Universiti Malaya bertajuk ‘Kecenderungan
Politik Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13’ mendapati 30 peratus rakyat Malaysia
belum pasti untuk menyokong parti pemerintah atau parti pembangkang. Golongan atas pagar itu kelak hanya akan menentukan calon
daripada parti mana untuk dipangkah ketika saat akhir.
Kajian yang dijalankan antara 31 Mac dan 15 April
lepas turut mendapati BN mendahului sokongan rakyat 49 peratus berbanding
parti-parti pembangkang.
Sejauh
mana kesahihan kajian tersebut?
Dirik
Sabaya berpendapat ini adalah terpulang kepada usaha-usaha disaat akhir bagi
parti-parti politik yang bakal bertanding. Pengundi atas pagar ini biasanya
terdiri daripada golongan yang berpendidikan, dan lebih bijak menilai jika
dibandingkan dengan pengundi-pengundi tegar.
Apapun,
mengundi adalah tanggungjawab bagi kita semua. Undi juga adalah rahsia dan kita
tidak berhak untuk mempertikaikan setiap pilihan yang dibuat oleh pengundi.
“Harinya
semakin dekat. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia."
No comments:
Post a Comment