Thursday 23 August 2012

Kesan-Kesan Perlombongan Pasir Di Sungai


Pengambilan pasir dari sungai-sungai adalah satu aktiviti yang telah lama di jalankan. Pasir merupakan bahan utama dalam industri pembinaan terutamanya yang melibatkan binaan konkrit dan jalan raya. Pasir juga banyak digunakan untuk kerja-kerja tebus guna tanah. Sumber pasir yang paling banyak dan mudah didapati ialah dari dasar sungai-sungai yang terdapat di negara ini.


Di sini saya hanya ingin menyentuh kesan-kesan negatif yang bakal berlaku daripada aktiviti melombong pasir sungai tersebut. Antaranya adalah;

  • Hakisan dan ketidakstabilan tebing sungai. Akibat daripada itu, ia akan menjejaskan hidupan akuatik yang terdapat didalamnya.
  • Perubahan terhadap regime sungai. Sumber mineral negara seperti batu, tanah dan air turut terjejas.
  • Halangan ke atas aliran sungai. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya banjir ataupun banjir lumpur terutamanya di kawasan hilir sungai.
  • Gangguan kepada pergerakan pengangkutan air. Ini kerana, apabila tanah dikorek untuk mendapatkan pasir di dasar sungai, struktur dasar sungai akan menjadi lemah dan bila-bila masa sahaja ianya boleh pecah.
  • Kerosakan ke atas persekitaran sungai. Ini termasuk tanaman penduduk yang terdapat di sepanjang tebingan sungai tersebut.
  • Kemerosotan kualiti air di hilir sungai. Sumber tadahan air akan tercemar dan ini akan memberi kesan terhadap manusia yang menggunakan air tersebut.
  • Mendapan di bahagian saluran pengambilan air dan lain-lain struktur sungai di hilir.
  • Kenderaan berat seperti lori yang digunakan untuk mengangkut pasir tersebut boleh menyebabkan jalan-jalan kampong rosak. Keadaan ini juga akan menyebabkan berlakunya gangguan lain seperti bunyi bising, dan persekitaran yang kotor serta berdebu.
  • Kenderaan berat yang lalu juga boleh menimbulkan risiko keselamatan terhadap anak-anak penduduk kampong yang terlibat.





Mengetahui betapa banyaknya kesan buruk yang boleh berlaku daripada aktiviti melombong pasir ini, seharusnya penduduk sekitar yang bakal terlibat adalah dinasihati untuk berfikir dengan bijak sebelum membenarkan ianya diteruskan. 

No comments:

Post a Comment