Sunday 12 August 2012

Negara rugi RM10 bilion setahun akibat kemalangan jalan raya


Negara mengalami kerugian lebih RM10 bilion setiap tahun akibat 7,000 kematian dalam kemalangan di jalan raya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, berkata ini kerana kebanyakan mereka yang terbabit dalam kemalangan sehingga menyebabkan kematian adalah dari golongan produktif iaitu yang berusia antara 15 hingga 30 tahun yang mana mereka ini mampu memberikan sumbangan kepada kerrajaan. 



"Purata kematian membabitkan  satu kematian mengakibatkan kerugian RM1.43 juta iaitu jumlah yang terpaksa ditanggung kerajaan kerana kita membelanjakan wang yang banyak dari mula mereka lahir, pendidikan mereka dan kos rawatan di hospital. 

"Jumlah ini untuk orang biasa tidak termasuk golongan profesional kerana kerajaan juga akan kehilangan tenaga pakar yang mampu bersama-sama menjana ekonomi negara," katanya di sini, hari ini. 

Beliau ditemui selepas melancarkan Kempen Keselamatan Jalan Raya anjuran Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) di Plaza Tol Sungai Dua. Turut hadir Pengarah JKJR Pulau Pinang, S Jegan. 

Nor Mohamed yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor, berkata jika mereka tidak meninggal dunia, kerajaan boleh menggunakan wang itu untuk melaksanakan pembangunan dan kemudahan asas bagi keperluan rakyat. 

Sehubungan itu, katanya kemalangan boleh dielakkan jika rakyat mengambil pelbagai langkah termasuk mematuhi peraturan di jalan raya, memandu dengan berhemah dan bersabar ketika di jalan raya. 
"Selain kerugian banyak wang, kerajaan juga tidak mahu keluarga menanti kepulangan kita dengan kematian dan ada yang hilang tempat bergantung serta sumber pendapatan," katanya. 

Beliau berharap pengguna jalan raya berhati-hati apabila berada di jalan raya untuk pulang ke kampung dengan selamat semasa musim perayaan ini. 


2 comments:

  1. Pandu cermat jiwa selamat, Selamat Hari Raya

    ReplyDelete
  2. How many slots are there in a casino? - Dr. mcd
    What are slot machines? — Are slot machines safe? How many slots are 안양 출장샵 used 안양 출장안마 for 원주 출장마사지 betting? 구미 출장마사지 What is the difference between video 전주 출장마사지 slots and video

    ReplyDelete