Monday, 16 July 2012

Pendidikan berperanan penting kurangkan kadar jenayah

Pendidikan memainkan peranan penting dalam mengurangkan kadar jenayah kerana pendidikan boleh membantu membentuk sikap dan akhlak seseorang individu menjadi lebih baik dan bermoral.  Walaupun kadar jenayah meningkat di kebanyakan negara namun dengan pendidikan yang baik, golongan muda akan membesar dan belajar tentang nilai-nilai positif yang boleh menghindarkan mereka daripada terpengaruh dan seterusnya terjebak dalam kancah jenayah.


“Pendidikan yang baik bukan hanya menyediakan platform untuk menjadikan seseorang individu itu berjaya malah boleh memberikannya kekuatan untuk membina sikap yang bermoral, menghormati diri sendiri dan meningkatkan pengetahuan mengenai sikap sosial yang lebih baik.”


“Melalui pendidikan, remaja dan belia boleh menyemai dan belajar nilai-nilai moral seperti kepercayaan terhadap Tuhan, pentingnya kerja keras, menghormati diri sendiri dan mengetahui mana yang buruk dan baik.”



Shared from http://www.theborneopost.com

Saturday, 12 May 2012

Siapakah Pilihan Pengundi Atas Pagar?




Ada yang berpendapat, golongan yang masih samar sokongan terhadap parti untuk diundi pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yakin akhirnya akan memilih Barisan Nasional (BN). Hasil kajian Universiti Malaya bertajuk ‘Kecenderungan Politik Menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13’ mendapati 30 peratus rakyat Malaysia belum pasti untuk menyokong parti pemerintah atau parti pembangkang. Golongan atas pagar itu kelak hanya akan menentukan calon daripada parti mana untuk dipangkah ketika saat akhir.



Kajian yang dijalankan antara 31 Mac dan 15 April lepas turut mendapati BN mendahului sokongan rakyat 49 peratus berbanding parti-parti pembangkang.

Sejauh mana kesahihan kajian tersebut?

Dirik Sabaya berpendapat ini adalah terpulang kepada usaha-usaha disaat akhir bagi parti-parti politik yang bakal bertanding. Pengundi atas pagar ini biasanya terdiri daripada golongan yang berpendidikan, dan lebih bijak menilai jika dibandingkan dengan pengundi-pengundi tegar.

Apapun, mengundi adalah tanggungjawab bagi kita semua. Undi juga adalah rahsia dan kita tidak berhak untuk mempertikaikan setiap pilihan yang dibuat oleh pengundi.

“Harinya semakin dekat. Tunaikanlah tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia."

Selamat Hari Ibu




Waktu kita senang mahupun susah, waktu ibu kita muda bertenaga mahupun tua dan tidak berdaya, kasih kita kepada ibu harus malar hijau tidak kira apa keadaannya.

Ibu adalah nadi dalam keluarga yang membentuk masyarakat dan negara dan menentukan corak dan  kehidupan generasi yang akan datang.



 “Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayang ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hati ibu bersedih, dia tetap sanggup menyembunyikan kesedihannya itu demi membuatkan anak-anaknya bahagia. Gelak tawa anak-anaknya adalah penawar segala kepahitan yang ibu alami. Ibulah insane yang mengajar kita tentang nilai yang baik dalam kehidupan.”

Hari Ibu hari ini adalah hari yang cukup istimewa untuk menunjukkan sejauh mana keistimewaan seorang ibu.

Maka, jika kita tidak pernah mengucapkan terima kasih kerana telah membawa kita ke dunia, marilah kita melakukan itu sekarang. Terima kasih, Selamat Hari Ibu.


Friday, 11 May 2012

Kes Kemalangan Maut di Sarawak Meningkat


Sarawak mencatat kes kemalangan maut yang tinggi bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan peningkatan sebanyak 15 peratus berbanding tempoh sama tahun 2011.

Justeru, Sarawak (penduduk) perlu melakukan sesuatu untuk mengurangkan kadar kes kemalangan maut di negeri ini.

Dalam pada itu, memandu secara laju dikenal pasti sebagai faktor utama yang menyumbang kepada kes kemalangan maut di seluruh negara. Ini yang kita kata ‘pecut maut’ iaitu memandu atau memecut dengan laju di tempat dan masa yang salah tanpa menghiraukan keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kurangnya sikap bertimbang rasa dan berhemah dalam kalangan pemandu ketika berada di jalan raya.

Sehubungan itu, polis trafik akan meningkatkan lagi penguatkuasaan undang-undang di jalan raya sebagai langkah untuk mendidik para pengguna jalan raya agar menjadi pemandu yang lebih berhemah dan bertimbang rasa ketika sebagaimana yang dilaksanakan di negara-negara maju lain.


Sunday, 25 March 2012

Cuepacs: Nama anggota suruhanjaya diumumkan sebelum 31 Mac



Presiden Cuepacs, Datuk Omar Osman berkata kongres itu mahu kerajaan mengumumkan individu yang akan menganggotai suruhanjaya selewat-lewatnya pada hujung bulan ini.
Dipetik Bernama Online, Omar berkata “Kita mahu tahu siapa pengerusi suruhanjaya dan siapa lagi di pihak kerajaan yang berada dalam suruhanjaya itu kerana sehingga kini kita tidak mendapat sebarang maklumat.
“Sebab itu kita berharap kerajaan dapat mengumumkan nama-nama anggota suruhanjaya ini selewat-lewatnya sebelum 31 Mac ini,” beliau telah berkata selepas seminar Pengurusan Kewangan Penjawat Awam serta Taklimat Penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia pada hari ini.
Seminar itu telah dirasmikan oleh Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Omar berkata bahawa Cuepacs telah bersetuju untuk meletakkan sembilan pegawainya menganggotai suruhanjaya berkenaan yang mampu memberikan cadangan dan pendapat bagi penambahbaikan penjawat awam itu.
Beliau menambah bahawa draf mengenai SSM yang ditambah baik itu akan diperiksa dengan teliti di peringkat akhir sebelum diserahkan kepada 1.4 juta penjawat awam seluruh negara secepat mungkin supaya masalah seperti yang berlaku dalam SBPA sehingga ada penjawat awam yang tidak tahu langsung dalam perkara itu tidak akan timbul lagi.

Saturday, 24 March 2012

Bidayuh Villages Urged To Carry Out Own NCR Land Survey



The Dayak Bidayuh National Association (DBNA) is encouraging villagers to have their native customary rights (NCR) land documented on their own initiative without having to wait for the government.

Stating that identification of NCR land perimeter would end disputes and having it documented would increase land value, DBNA president Datu Ik Pahon Joyik yesterday said that there was no point for villagers to wait for the government if it could be done personally among the community.

After four years since DBNA started the land documentation initiative, Ik Pahon, who is also permanent secretary to the Tourism Ministry, stated that only 40 villages of 338 have had their land surveyed and documented.

“Land documentation has been completed in Singai and most part of Bau. It has been 50 years since Merdeka (Malaysia Independence), why don’t we do this ourselves? Why wait for the government?

“Waiting would take time because the state has many priorities. If we want it, we should do it. The government could save 60 per cent on time and 40 per cent on money if villagers take their own initiative in surveying their own land,” he told the press when met at DBNA headquarters at Jalan Kumpang here yesterday.

Earlier he attended the ‘Curtin Sarawak Malaysia (CSM) University-DBNA roadshow’ that was launched by the association advisor and also Infrastructure Development and Communication Minister, Dato Sri Michael Manyin.

Highlighting that the self-initiative is already a proven success to those who had taken the effort, Ik Pahon encouraged all communities throughout the state to start their survey as well.

“It is not easy to convince the people but DBNA, as a community association, will slowly convince the people to take their own initiative. Once the people do their own survey, the government would only have to go in to endorse the pack and coordinates,” he explained on how this would expedite the issuance of land title.

Ik Pahon also mentioned that only after four years since the initiative villagers have started requesting for the association to provide training on surveying their own plots such the use the global positioning system (GPS).

He said only three persons are needed to complete the task where one operates the GPS device, one set up the positioning pack while one records the logs and coordinates.
Once the reading and coordinates have been recorded, the villagers would be taught how to operate the software to determine their land size.

“Apart from strengthening the education level of the people, DBNA’s other main objective to date is to help out with their native customary rights (NCR) land documentation.

“NCR land has little value but if the land has a title, the value increases.”

Ik Pahon also said that until next year, those who have yet to have their land documented could and should come to DBNA for GPS training. From 2013 onwards, villagers would have to appoint private GPS specialist for the training, which would incur extra cost.

Wednesday, 14 March 2012

Pentingnya Penggunaan Tali Pinggang Keledar



Kesedaran orang ramai terhadap risiko tidak memakai tali pinggang keledar, terutama bagi penumpang kenderaan, masih berada di tahap rendah.

Malahan, tahukah kita bahawa pada kelajuan 50km sejam, penumpang kenderaan yang memiliki berat badan 60 kilogram boleh menghentam tempat duduk hadapan de-ngan kesan impak 2.4 tan jika tidak menggunakan tali pinggang keledar?

Bagaimanapun, perkara itu mungkin tidak diendahkan memandangkan kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) menunjukkan, tahap kesedaran dan pematuhan undang-undang pemasangan tali pinggang keledar belakang di negara ini menunjukkan penurunan mendadak.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Sarawak, Rano Aylwino Akat berkata, menurut MIROS daripada 48.15 peratus pada Februari 2009, iaitu sebulan selepas penguatkuasaan bermula pada 1 Januari 2009, kadar pemasangan tali pinggang keledar belakang jatuh mendadak kepada 13.9 peratus pada Oktober 2009.


“Ini dalam tempoh 10 bulan pertama sahaja, selepas penguatkuasaan pemasangan tali pinggang keledar dan kajian terakhir oleh MIROS.

“Ini juga berlaku kerana ada dalam kalangan pengguna jalan raya atau orang ramai yang beranggapan penguatkuasaan pemasangan tali pinggang ini belum lagi berkuat kuasa sedangkan ia telah dilaksanakan pada Januari 2009,” katanya ketika ditemui Utusan Borneo di pejabatnya di sini, semalam.

Rano mengakui, tahap kesedaran mengenai kepentingan pemakaian tali pinggang keledar belakang bukan sahaja rendah dalam kalangan pengguna jalan raya di luar bandar, tetapi juga di bandar.

Katanya, daripada pe- merhatian JKJR di jalan-jalan raya terutama di bandar raya Kuching, mengikut kadar daripada satu hingga 10, ha-nya lima sahaja yang akan memakai tali pinggang keledar sama ada pemandu, penum-pang tempat duduk hadapan dan penumpang belakang.

“Hasil pemerhatian kita di Kuching juga, paling menyedihkan ialah antara yang pa-ling ramai tidak menggunakan tali pinggang keledar sama ada pemandu mahupun penum-pang hadapan, adalah golo-ngan remaja, berbanding dewasa berusia 30-an yang mana tingkah laku mereka lebih baik,” tegas beliau.

Malahan, ujarnya, untuk mengubah tingkah laku dan tabiat pengguna jalan raya bukan satu perkara yang mudah kerana ia memerlukan pendekatan jangka masa yang panjang, termasuk penguat-kuasaan tegas dan pendidikan berterusan.

“Sehubungan itu, kerajaan bakal memperkenalkan mo-dul sambungan mengenai keselamatan jalan raya di peringkat sekolah menengah pada tahun 2013 bermula dari Tingkatan Satu dan berterusan ke Tingkatan Lima.

“Modul ini telah dilaksanakan di peringkat Sekolah Rendah dari Tahun Satu hingga Tahun Enam pada tahun 2007 dan kami juga mengadakan kursus keselamatan jalan raya di kem Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) kepada golongan lepasan sekolah menengah,” kata Rano.

Menurut beliau, dengan penekanan pendidikan dari sekolah rendah hingga peringkat lepasan sekolah menengah, ia memberi jangka masa pendedahan mengenai keselamatan jalan raya selama kira-kira 12 tahun kepada pengguna jalan raya.