Wednesday 25 January 2012

Ambil Peluang SARA 1Malaysia

30 Januari ini bakal dibuka jualan unit melibatkan SARA 1Malaysia  (Skim Amanah Rakyat 1Malaysia), skim yang terbaru yang dilancarkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini. Masyarakat Salako khususnya yang berpendapatan RM3000 dan ke bawah dinasihatkan untuk merebut peluang pelaburan yang amat baik ini.




Skim khas Sara 1Malaysia ini adalah bertujuan untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah menabung dan melabur. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan adalah RM500 juta dengan sasaran penyertaan seramai 100,000 isi rumah. Bayaran Insentif bulanan disediakan kepada para peserta dalam bentuk unit tambahan Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) setiap bulan selama 5 tahun. Peserta perlu pastikan sentiasa mempunyai minimum 100 unit AS 1Malaysia dalam buku pelaburan pada setiap masa.


Berikut merupakan kaedah bagi permohonan SARA 1Malaysia tersebut:

  1. Dapatkan borang permohonan Sara 1Malaysia di salah satu cawangan bank-bank terlibat iaitu Maybank, RHB, CIMB dan BSN mulai 30 Januari 2012. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta dokumen yang berkenaan hendaklah diserahkan kepada pihak bank untuk disemak dan dipertimbangkan. 
  2. Jika anda berjaya, pihak bank akan menghubungi anda.
  3. Para pemohon diminta menyediakan dokumen-dokumen asal serta salinan yang disahkan seperti 

  • Kad pengenalan pemohon (2 salinan)
  • Kad pengenalan pasangan (jika berkenaan) (1 salinan)
  • Bukti pendapatan (1 salinan Penyata Gaji 3 bulan terkini & 1 salinan Penyata Bank 3 bulan terkini)

Ini pula kelayakan bagi membuat permohonan:

  • Permohonan Skim Sara 1Malaysia ini terbuka warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 58 tahun
  • Pendapatan kasar isi rumah pemohon mesti berada dilingkungan antara RM500 hingga RM3,000. 
  • Pemohon tidak pernah muflis sepanjang tempoh pembiayaan pinjaman
  • Pemohon dan/atau pasangan tidak memiliki pelaburan di dalam mana-mana unit amanah ASNB ATAU; sekiranya ada, jumlah pelaburan terkumpul bersamaan atau kurang dari RM10,000
  • Pemohon dan /atau pasangan tidak menerima bantuan dari skim-skim khas lain Kerajaan yang diuruskan oleh ASNB seperti Program Bantuan Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT), ASB Sejahtera dan ASW 2020 Bandar
  • Hanya salah seorang isi rumah yang layak memperolehi pembiayaan pinjaman
  • Permohonan diluluskan bagi pinjaman di satu bank sahaja
Sekali lagi Salako, Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Anda boleh mendapat keuntungan sehingga RM134 setiap bulan.

No comments:

Post a Comment