Saturday 28 January 2012

Elaun RELA Naik!


Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) ditubuhkan pada 11 Januari 1972 dengan berkuatkuasanya Akta (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1964 – Peraturan-Peraturan Perlu (Ikatan    Relawan Rakyat) (Pindaan) 2005. Penubuhan RELA membolehkan rakyat jelata untuk secara sukarela tampil menganggotai sebuah pasukan sukarela bagi membantu memelihara dan mengekalkan keselamatan dan keamanan negara.


Melihat kepada tugasan yang semakin mencabar pada masa ini, kerajaan telah bersetuju menaikkan elaun bertugas sukarelawan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) sebanyak RM2 sejam buat anggota berpangkat pegawai dan lain-lain pangkat.

    

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan sentiasa mementingkan kebajikan rakyat, kerajaan sentiasa menjaga kebajikan semua pihak.
  
Beliau berkata demikian semasa berucap di perhimpunan Perdana Rela bersama Perdana Menteri di Dewan Maeps, Serdang, yang dihadiri kira-kira 30,000 anggota Rela dari seluruh negara.
    
Difahamkan elaun bertugas bagi pegawai dan lain-lain pangkat Rela masing-masing ketika ini ialah RM5.80 dan RM4, dan kadar elaun yang baru diumumkan itu akan mula berkuatkuasa tidak lama lagi.


Semoga dengan khabar gembira ini, setiap anggota RELA dapat menjalankan tugas dengan lebih bersungguh-sungguh terutamanya untuk menjadi sebuah pasukan sukarela yang menyumbang kepada pertahanan negara dan kesejahteraan rakyat dapat  dipertingkatkan.

No comments:

Post a Comment