Thursday 26 January 2012

Terkini Projek Jalan Biawak

Tempoh pelaksanaan projek naik taraf Jalan Biawak-Lundu akan dilanjutkan lagi ke tarikh yang belum ditetapkan. Kerja-kerja menaik taraf ini akan bermula setelah kontraktor yang baru dilantik dalam masa terdekat ini. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Datuk Seri Michael Manyin selaku menteri bertanggungjawab. Beliau juga memberitahu bahawa telah mengarahkan pihak JKR untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan sementara menunggu kontraktor baru yang akan dilantik. Ini seterusnya dapat memudahkan pengguna-pengguna yang melalui jalan tersebut untuk melakukan aktiviti harian mereka.


ADUN Opar, YB Ranum Mina pula ketika dihubungi oleh pihak akhbar menyatakan beliau masih bercuti sehingga hujung bulan ini. Walaubagaimanapun, beliau berjanji akan mengadakan perjumpaan dengan Datuk Seri Michael Manyin dalam masa terdekat khususnya untuk membincangkan perkara ini. 



Projek bernilai RM29.9 juta itu melibatkan kerja-kerja menaik taraf Jalan Biawak sepanjang 18 kilometer dan difahamkan hanya kurang 20 peratus yang telah diturap.



Kerja-kerja naik taraf mula dilaksanakan pada 28 Ogos 2009 dan dijadual siap sepenuhnya pada 27 Februari 2011. Keadaan jalan itu yang ketika ini dikatakan rosak teruk telah menjejaskan aktiviti harian penduduk sekitar menyebabkan mereka menggesa pihak berwajib menyiapkan segera projek berkenaan.








No comments:

Post a Comment