Sunday 22 January 2012

Salako Perlu Segera Proses Ukur Tanah NCR

Bermula pada bulan Ogos 2010 kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM50 juta untuk melaksanakan proses ukur keliling NCR melalui tiga fasa di seluruh negeri Sarawak. Sebanyak 79 kawasan merangkumi 55,397 hektar akan diukur dengan kerajaan menyasarkan proses ukur keliling siap dilaksanakan menjelang 2015 sebelum melaksanakan pengukuran NCR secara individu. Sememangnya semua pihak perlu memberikan kerjasama dan menyokong pelaksanaan kerja-kerja ukur keliling (perimeter) NCR ini terutamanya untuk faedah serta keuntungan mereka pada masa hadapan. 


Bagi pemilik tanah NCR Salako yang mana tergolong di dalam masyarakat Bidayuh, proses ukur keliling ataupun "perimeter survey" ini adalah di bawah inisiatif Dayak Bidayuh National Association (DBNA). Setiap ketua masyarakat Bidayuh telah diberi penerangan mengenai proses pelaksanaan inisiatif ini dan seterusnya menerangkan kepada semua penduduk kampung yang terlibat. Namun yang demikian, inisiatif  yang sepatutnya dimanfaatkan oleh pemilik Salako ini akan berakhir pada tahun hadapan. Oleh yang demikian, setiap ketua masyarakat Salako yang mewakili penduduk kampung perlu lebih peka dengan perkara ini dan bertindak segera untuk merealisasikan proses ukur keliling tersebut. Ini seterusnya membolehkan semua masyarakat Salako yang layak merebut peluang keemasan untuk memiliki tanah NCR yang mempunyai dokumen yang sah. 

Saya pasti semua masyarakat Salako inginkan tanah mereka diukur. Oleh yang demikian, anda juga perlu lebih serius dalam memberi kerjasama dalam proses ini. Tingkatkan perbincangan dengan pemimpin masyarakat anda untuk merebut peluang ini. Jangan persiakan peruntukan besar yang telah disumbangkan oleh kerajaan. Saya pasti Salako juga bangsa yang berpengetahuan dan mampu untuk melaksanakannya. 


No comments:

Post a Comment