Friday 3 February 2012

LARIAN KESIHATAN MAKSAK BULAN FEBRUARI 2012



Adalah dimaklumkan bahawa MAKSAK Sarawak bersama Jabatan Kerja Raya Negeri Sarawak (JKR) akan menganjurkan Larian Kesihatan pada 18 Februari 2012 (Sabtu) mulai jam 7.00 pagi, bertempat di Tempat Letak Kereta, Bangunan DUN Lama, Petra Jaya, Kuching.



Tujuan larian ini adalah untuk menggalakkan kakitangan Perkhidmatan Awam bergiat dalam kegiatan-kegiatan kecergasan dan rekreasi, di samping mendokong hasrat Kerajaan untuk melahirkan tenaga kerja yang sihat, berwawasan, dan aktif melalui peningkatan tahap fizikal, mental, kerohanian dan perwatakan.

Saya selaku seketariat larian serta mewakili pihak penganjur dengan sukacitanya menjemput semua ahli kelab gabungan untuk menyertai larian kesihatan tersebut. Bagi sesiapa yang berminat bolehlah merujuk kepada jabatan masing-masing untuk pendaftaran penyertaan. Tarikh akhir untuk menghantar permohonan adalah pada 10 Februari 2012.

Untuk keterangan lanjut, anda boleh berhubung terus dengan seketariat kami di talian 082-203012 atau 082-203138.

Jangan lepaskan peluang ini kerana hadiah-hadiah menarik menanti anda. 

No comments:

Post a Comment