Wednesday 22 February 2012

Benarkah Sarawak Kekurangan Pengundi Belia?



Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mendedahkan bahawa pengundi daripada kalangan belia di negeri ini adalah yang paling rendah bilangannya di Malaysia. Beliau berkata berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Suruhjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah belia yang telah mendaftar sebagai pengundi di negeri ini hanyalah 30 peratus.

“Kita ternyata amat kecewa kerana bilangan pengundi belia di Sarawak hanya dalam lingkungan 30 hingga 33 peratus dan Kuching adalah jumlah paling rendah,” katanya pada sidang media di sini semalam.

Jika dakwaan ini ternyata benar, apakah langkah-langkah yang patut diambil oleh pihak kerajaan? Ini terutamanya bagi menarik minat para belia di negeri ini untuk mendaftar sebagai pemilih. Jumlah 30 peratus adalah jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan statistic belia yang ramai di negeri ini. Ini amattlah membimbangkan.


Adalah lebih baik bagi pihak kerajaan untuk menggunakan pendekatan ataupun mekanisma yang berbeza berbanding di semenanjung untuk memenangi hati para belia di Sarawak supaya mendaftar. SPR juga perlu memainkan peranannya iatu sebagai penggerak terutamanya untuk lebih aktif melakukan pendaftaran bagi belia di kawasan luar Bandar. Kerjasama dengan badan-badan tertentu juga harus dipertingkatkan.

Dalam pada itu, belia juga harus peka dengan tanggungjawab mereka untuk menjadi seorang pemilih. Ini amatlah penting terutamanya bagi menentukan hala tuju pembangunan negeri Sarawak khasnya. 

No comments:

Post a Comment