Saturday 4 February 2012

KELAB KEBUDAYAAN PASIR HULU


KELAB KEBUDAYAAN PASIR HULU
JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG
KAMPUNG PASIR HULU


PENGENALAN

Kebudayaan  merangkumi keseluruhan cara hidup manusia. Ini termasuklah cara berfikir ataupun penjanaan idea, kehendak biologi kemasyarakatan serta alam sekeliling yang  memenuhi  kehendak rohani mahupun jasmani.

Kelab Kebudayaan Pasir Hulu (KKPH) telah ditubuhkan pada Februari 2012. Kelab ini merupakan sebuah persatuan kebudayaan yang bernaung di bawah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Pasir Hulu dan berdaftar di Pejabat Daerah Lundu. Aktiviti utama kelab ini akan tertumpu kepada tiga komponen iaitu seni suara, seni tari dan permainan tradisional.

MATLAMAT
  • Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran penduduk Kampung Pasir Hulu dalam aktiviti kebudayaan terutamanya tarian, permainan tradisional, seni suara dan pelbagai aktiviti kebudayaan yang lain.
  • Menyediakan ahli-ahli kelab untuk acara-acara rasmi di peringkat kampung dan juga peringkat yang lebih tinggi.

OBJEKTIF
  • Mencungkil bakat serta minat dikalangan penduduk Kampung Pasir Hulu  dalam seni tari, seni suara dan permainan tradisional.
  • Melatih ahli-ahli kelab untuk persembahan dalam acara-acara rasmi.
  • Mengeratkan perpaduan dikalangan penduduk Kampung Pasir Hulu.

SENARAI AHLI JAWATANKUASA SESI 2012-2014
  • Penasihat : KK Kamil anak Muntoh (Pengerusi JKKK Kampung Pasir Hulu)
  • Pengerusi : En. Hastomo anak Tommy
  • Timbalan Pengerusi : En. Josly Larry anak Limon
  • Setiausaha :  Cik Roskina anak Paula
  • Timbalan Setiausaha :  En. Paulus anak Pitok
  • Bendahari : Cik Lina binti Mili
  • AJK Publisiti : En. Richmond anak Pren
  • AJK Permainan : 1. En. Jonius anak Lajang   2. En. Asaman anak Bahiri
  • AJK Tarian : 1. Puan Jane anak Endil            2. Puan Marry anak Libang
  • AJK Seni Suara : 1. Cik Masiana anak Aloysius  2. En. Liam anak Unggak


SENARAI TUGAS AHLIJAWATANKUASA

Pengerusi
  • Merancang aktiviti tahunan bersama-sama dengan ahli kelab, AJK  dan penasihat
  • Memanggil AJK untuk mengadakan Mesyuarat
  • Mengawal dan menjaga keselamatan ahli kelab semasa mengadakan perjumpaan, mesyuarat dan semua aktiviti yang dijalankan
  • Mempengerusikan setiap mesyuarat, perjumpaan dan aktiviti kelab
  • Memberikan arahan yang berkaitan dengan kepentingan kelab

Timbalan Pengerusi
  • Membantu pengerusi dalam membuat perancangan aktiviti
  • Membantu pengerusi mengawal dan menjaga keselamatan ahli kelab semasa mesyuarat, perjumpaan dan mengadakan aktiviti
  • Mempengerusikan mesyuarat, perjumpaan kelab dan aktiviti kelab jika pengerusi tidak hadir


Setiausaha
  • Mencatat semua minit mesyuarat, aktiviti dan perjumpaan kelab
  • Mengeluarkan, mengedarkan atau menampal notis bagi perjumpaan, mesyuarat dan pengumuman kelab
  • Mencatat kehadiran ahli setiap kali mesyuarat dan perjumpaan
  • Menyediakan Laporan Tahunan kelab

Timbalan Setiausaha
  • Membantu Setiausaha menjalankan tugasnya
  • Menggantikan tempat Setiausaha sekiranya beliau tidak dapat menghadiri sebarang mesyuarat, perjumpaan dan aktiviti kelab

Bendahari
  • Menghadiri setiap mesyuarat Jawatankuasa Kelab KKPH
  • Mengawal dan menyimpan akaun yang betul bagi hal ehwal kewangan kelab dalam buku akaun kewangannya
  • Menerima segala wang yang dibayar atau diberikan kepada Jawatankuasa Kelab dan mengeluarkan resit baginya
  • Membuat bayaran yang telah diluluskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Kelab
  • Menyediakan Penyata Kewangan yang betul dan dibentangkan setiap kali mesyuarat Jawatankuasa Kelab
  • Menyediakan Laporan Kewangan Tahunan Kelab yang tepat

AJK Publisiti
  • Merancang bentuk dan konsep hebahan yang boleh menarik minat warga kampung tentang sesuatu persembahan, permainan atau aktiviti
  • Menyediakan jadual perancangan promosi
  • Membuat poster-poster dan menyediakan kain rentang untuk mempromosikan sesuatu aktiviti
  • Mendapatkan penaja bagi keperluan promosi, pengiklanan dan hebahan mengenai sesuatu aktiviti

AJK Permainan
  • Menentukan objektif permainan tradisional tercapai
  • Merancang permainan tradisional kampung untuk jangka pendek dan jangka panjang
  • Merancang aktiviti peningkatan dan penglibatan penduduk kampung dalam permainan tradisional
  • Meningkatkan kemahiran ahli kelab melalui sesi latihan
  • Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti permainan tradisional bagi menjamin keselamatan dan kelancaran pelaksanaan
  • Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pengerusi


AJK Tarian
  • Menentukan objektif tarian tercapai
  • Merancang pelbagai jenis tarian termasuk tarian moden dan tarian tradisional untuk dilaksanakan diperingkat kampung
  • Merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan tarian untuk persembahan pada majlis-majlis rasmi diperingkat kampung
  • Meningkatkan kemahiran ahli kelab melalui sesi latihan
  • Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti tarian bagi menjamin keselamatan dan kelancaran pelaksanaan
  • Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pengerusi

AJK Seni Suara
  • Menentukan objektif seni suara tercapai
  • Merancang pelbagai jenis seni suara termasuk seni suara moden dan tradisional untuk dilaksanakan diperingkat kampung
  • Merancang aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan seni suara untuk persembahan pada majlis-majlis rasmi diperingkat kampung
  • Meningkatkan kemahiran ahli melalui sesi latihan
  • Memastikan adanya peraturan berkaitan dengan aktiviti seni suara bagi menjamin keselamatan dan kelancaran pelaksanaan
  • Melaksanakan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan oleh pengerusi




          






No comments:

Post a Comment