Friday 3 February 2012

Kajian: Ramai Masih Inginkan Facebook


Satu tinjauan yang dikeluarkan semalam menunjukkan bahawa orang ramai yang telah menggunakan laman sosial Facebook dari  tempoh yang agak lama sejak penubuhannya pada tahun 2004 tidak menunjukkan tanda-tanda bahawa mereka telah bosan dengan memuat turun gambar, mengemaskini rancangan hujung minggu atau menyampaikan buah fikiran ke dalam laman sosial tersebut.

The Pew Research Center melalui kajian telefon, log dan data dari November 2010 di Amerika Syarikat, membuktikan bahawa orang ramai masih mempunyai minat yang tinggi terhadap Facebook. Berdasarkan laporan kaji selidik itu juga, kebanyakan responden telah menyatakan pandangan positif serta bersetuju untuk Facebook terus dikekalkan. Mereka berpendapat banyak perkara-perkara menarik yang dapat dilakukan melalui Facebook.

Sebelum ini ada pihak mendakwa bahawa Facebook mengalami satu fenomena yang dikenali sebagai "Kebosanan Facebook" dikalangan penggunanya. Walaubagaimanapun The Pew Research menyangkal dakwaan tersebut. The Pew juga menyarankan agar kebimbangan terhadap fenomena tersebut harus diketepikan. 

Sehingga ke hari ini, Facebook mencatatkan seramai 845 juta pengguna aktif di seluruh dunia. 

No comments:

Post a Comment