Thursday 9 February 2012

Rebut Peluang Peruntukan Besar Untuk Tanaman Semula Getah


                                  

RISDA telah memperuntukkan RM67.5 juta untuk melaksanakan Program Tanam Semula di tanah berkeluasan 5,000 hektar di seluruh negeri ini. Program itu akan dilaksanakan di kawasan kebun getah yang tidak bermutu dan berhasil rendah dengan getah klon baharu yang berhasil tinggi. RISDA turut menyediakan bantuan sebanyak RM13,500 per hektar termasuk menyediakan benih secukupnya daripada klon terbaik.

 PB 260

Bagi per hektar, antara klon yang diberikan adalah PB 260 yang mampu menghasilkan 2,168 kilogram (kg), PB 350 (2,765kg) RRIM 2001 (2,850kg) dan RRIM 2002 (2,348kg). Walaubagaimanapun, pokok itu perlu dibaja sebaiknya dengan menggunakan baja disediakan RISDA agar potensinya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

 RRIM 2002

Gerakan membaja itu diperhebat bagi meningkatkan produktiviti pekebun kecil agar dapat meningkatkan pendapatan selari dengan Model Baharu Ekonomi. Melalui amalan pembajaan yang betul, tempoh muda pokok dapat dipendekkan kepada 4 1/2 tahun selepas ditanam di kebun dengan mempraktikkan amalan pertanian yang baik serta teknologi yang sesuai.


Oleh yang demikian, saya berharap agar semua ketua masyarakat khususnya di daerah Lundu agar lebih peka dengan perkara tersebut dan seterusnya mengambil peluang keemasan ini untuk manfaat penduduk kampung di bawah jagannya.

No comments:

Post a Comment