Monday 6 February 2012

BR1M: Jangan Panik dan Sabar

Orang ramai yang sudah menerima maklum balas mengenai kelulusan permohonan BR1M mereka diminta bersabar. Ini kerana tempoh bagi kerajaan untuk membuat pembayaran ataupun pengagihan baucer RM500 tersebut adalah sehingga 15 Mac ini. Buat masa ini, pihak terlibat sedang bertungkus-lumus menyediakan surat panggilan bagi penyerahan baucer berkenaan.


Bagi pemohon yang permohonannya ditolak, anda adalah diminta untuk mengisi borang rayuan dengan segera. Ini kerana tempoh lanjutan untuk rayuan berkenaan bakal berakhir tidak lama lagi. 

Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang tidak dapat hadir semasa penyerahan bantuan itu boleh mendapatkan baucar bayaran berkenaan di Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri di kawasan masing-masing. 

1 comment:

  1. P/S: Jgn tergesa2 apabila sudah dapat surat untuk menuntut boucer. Anda juga blh menuntutnya di Pejabat Daerah.

    ReplyDelete