Sunday 5 February 2012

Kemanakah Hala Tuju KSK Opar?

Hampir genap setahun Kelab Sukan Komuniti N1 Opar selesai mengadakan AGM ataupun Mesyuarat Agung Tahunannya. Namun, saya sebagai seorang ahli belum lagi menerima kesan aktiviti-aktiviti yang samada wujud ataupun tidak di dalam kelab ini. Apakah yang telah dilakukan oleh barisan AJK sepanjang tahun lepas? Adakah sekadar merancang aktiviti untuk segolongan kecil daripada ahli-ahli KSK ini?

Sebelum itu saya bukanlah bertujuan untuk menyakiti hati sesiapa. Tetapi sekadar ingin menuntut hak kami sebagai ahli yang mana juga telah membayar yuran keahlian seperti ahli-ahli lain. Apa yang kami inginkan adalah perancangan aktiviti-aktiviti yang menyeluruh serta melibatkan semua ahli kelab. Apalah gunanya mempunyai ahli yang ramai tetapi mereka tidak dilibatkan dengan aktiviti yang dijalankan.

Ingin saya ingatkan bahawa fungsi-fungsi kelab adalah seperti berikut:
  1. Menggalakkan dan menganjurkan aktiviti sukan dan rekreasi untuk meningkatkan mutu sukan, kesihatan serta mencungkil bakat-bakat baru di kalangan ahli Kelab dalam segenap lapisan sukan.
  2. Mendedahkan ahli ke arah aktiviti kebajikan, sosial, kebudayaan serta kemasyarakatan bagi memupuk semangat muhibbah, persefahaman dan persaudaraan.
  3. Menanam dan menyebarkan hakikat persaudaraan yang sebenarnya kepada seluruh ahli Kelab bagi meningkatkan produktiviti, kualiti kerja dan kemajuan intelek ke tahap yang lebih cemerlang serta berusaha mendedahkan ahli kepada pembangunan diri. 
  4. Mengadakan kerjasama dan bergabung dengan sebarang Kelab atau mana-mana Kelab lain yang mempunyai matlamat yang sama selagimana ianya tidak menjejaskan kepentingan asal penubuhannya dan tidak melanggar mana-mana undang-undang Negara ini. 
  5. Menggalakkan ahli-ahli sentiasa aktif dan bergerak kearah kehidupan yang sempurna berdasarkan kehormatan diri serta memberi khidmat yang berkualiti dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan. 
  6. Merancang dan melaksanakan aktiviti yang sesuai bagi mencapai tujuan di atas untuk kepentingan Kelab dan ahli-ahli. 

Jadi, adakah barisan AJK KSK Opar sudah melaksanakan semua ini? Jika ya, kenapa tidak meliputi semua ahli? Dan jika tidak, kemanakah hala tuju KSK Opar ini?

No comments:

Post a Comment